Showing posts with label pot pet. Show all posts
Showing posts with label pot pet. Show all posts

Memburu Sticker Treasure Hunt

Wednesday 20 March 2024

Sebelum puasa haritu cari barang office kejap dekat Lotus Mutiara Damansara sebab stok dekat Lotus Ara Damansara dah banyak habis. Dah settle dekat situ singgah kejap dekat Home Pro sebab nak cari baldi besar. 

Masa masuk dekat main entrance terdengar announcement staff dekat situ bagitahu ada peraduan tengah berlangsung. Home Pro dah sembunyikan sticker Treasure Hunt jadi sesiapa yang terjumpa boleh menang hadiah lumayan. 

Awal tu macam ignore je sebab nak singgah cari satu item je kan tiba-tiba rasa nak belek jugak kot-kot lah ada walaupun tahu tangan ni tak pernah ada ong. Masa buat pengumuman tu dia tak tunjuk pun bentuk atau rupa sticker Treasure Hunt tu macam mana. Bila tengok dekat semua shelf nampak lah sticker bear ni dekat beberapa tag harga barang dekat situ. Ada yang obvious macam ni, ada yang tersorok nampak kepala atau telinga maskot Home Pro je. 



Dari satu shelf, membawa ke section yang lain. Ada warna biru, warna hijau, putih dengan merah jambu. Sakan lah kitorang kumpul sticker tu. Mana yang tinggi je kitorang tak ambik sebab tak sampai. Adik sampai terpele'ot nak dapat hadiah punya pasal. 



Banyak lah kitorang kumpul sampai tak cukup genggaman tangan tu. Lepas dah puas hati, dah scan semua tempat, dah kumpul sticker banyak gila baru pergi ke kaunter Customer Service untuk redeem hadiah. Dalam kepala dah berangan boleh dapat air fryer tak pun vacuum cleaner. Dapat TV pun masyuk jugak. 

Sekali bila pergi dekat kaunter, dia kata tu bukan sticker Treasure Hunt yang dimaksudkan. Lahhhhh penat je kutip sampai satu jam dekat dalam tu rupanya salah sticker. Kitorang pun berlalu pergi dengan pengajaran hidup yang mengecewakan hshshs

Tak tahu lah sticker maskot Home Pro ni untuk apa, mungkin untuk restock barang dekat dalam kedai kot. Kesian lah staff yang kena masukkan balik tag ni. I mampu minta maaf je lah. 

Wedding Abang Sheera

Saturday 6 January 2024

Bulan November 2023 dapat jemputan dari Sheera untuk majlis kahwin abang sulung dia. Sheera tak ajak ramai pun sebab bukan wedding dia jadi dia ajak Corporate Department je lah itu pun I dengan Syaz je dapat datang. 


Majlis kahwin Shazmeer & Aisyah ni buat dekat Dewan IPK Seksyen 9, Shah Alam jadi tak payah nak risau bab parking sebab luas sangat dekat situ. I dengan adik gerak pukul 12 tengahari sebab nak menyinggah ke AEON Shah Alam lepas tu. Kononnya lepas makan terus gerak tapi hujan lebat pulak masa makan tu. Boleh je nak redah tapi sempat lah lencun dulu. Dah lah nak masuk mall, ada jugak yang selsema esoknya. So kitorang lepak je sampai hujan berhenti. 




Lepak dekat kenduri kahwin bukannya boleh buat banyak benda sangat selain ambil gambar dan makan. Lepastu dengar pengantin bagi ucapan dan cerita macam mana diorang berjumpa. Abang Sheera jumpa jodoh dalam kawasan kejiranan juga, isteri dia kawan dari sekolah, selalu lah datang rumah main game sama-sama. Bila besar jadi suami isteri. Haa senang jodoh diorang. 









Bergambar dekat satu port pun banyak keping, imagine lepak lagi lama, entah berapa keping terhasil. Masa pergi wedding ni pinjam baju adik yang dah lama tak pakai. Nak pakai baju kurung sendiri, semua macam dah pernah pakai. Baju ni a bit besar actually sebab tambah satu saiz. Sebab tu lah banyak menyorok dalam gambar sebab tak cantik sangat bila berdiri. Gedik nak pakai jugak sebab kerawang dekat bahagian dada dengan tangan tu cantik haha

Thank you Sheera dan keluarga jemput kitorang. Makanan sedap tapi segan nak tambah banyak. Power betul polis masak lauk kenduri siap ada gulai daging batang pisang. Semoga pengantin bahagia dan kekal hingga ke Jannah. 

Santai with RapidKL, MRT Kwasa Sentral

Sunday 31 December 2023


Masa park kereta dekat MRT minggu lepas terkejut lah ada banyak kereta sebab jarang waktu weekend penuh kereta dekat MRT Kwasa Sentral ni. Dekat bahagian bawah stesen ternampak stage kecil dengan khemah. Bila pergi dekat nampak banner event Santai with RapidKL - Rapid KL Support Lokal, Malam Healing with Rapid KL. 

Kali pertama MRT Kwasa Sentral ada event kecil macam ni, rasa seronok pulak nak join tapi dah ada plan so tengok gitu gitu je lah. Event start pukul 12 tengah hari tapi masa kitorang sampai tu dalam jam 10.30 pagi. Masa tu pun dah banyak booth set up barang jualan. 


Ruang event ni terbahagi kepada 4 kawasan, bahagian hadapan ada kaunter pendaftaran, bahagian belakang ialah kawasan stage untuk mini konsert. Bahagian sebelah kanan untuk booth makanan dan kawasan tengah untuk pelbagai jenis jualan. 


House of Doughnuts Gombak



Happy mata tengok pelbagai jenis cheese cake dekat booth Butter and Such sebab topping dia cantik. Nak beli mango cheese cake masa tu tapi awal pagi lagi, perut tengah kosong lagi. Nak take away pastu bawa ke KLCC macam impossible sebab dekat sana nanti nak menyinggah Kenny Hills. Jadi kita tengok je mango cheese cake cantik tu. 







Bila pergi event santai macam ni boleh nampak lah makanan apa yang tengah trending sekarang. Kalau dulu ais kisar ada perisa sirap je, sekarang dekat Slice Shave Ice ni, ada banyak pilihan untuk perisa ais kisar. Dekat booth makanan ni ada banyak snek dengan pencuci mulut tapi tak banyak main course, mungkin sebab tak habis setup lagi masa tu. 

Untuk konsert Santai with RapidKL, ada Faizal Tahir sebagai jemputan utama tapi tiket dah habis terjual dah jadi kalau tiberr rasa nak join masa tu pun tak dapat jugak. But anyway, it's good to know lah MRT Kwasa Sentral boleh adakan aktiviti macam ni. Slowly naikkan kawasan sini, tak perlu dah jauh-jauh pergi ke Pasar Seni kalau nak chill and lepak. 

PIXAR Fluffy Festival Fahrenheit88 Bukit Bintang

Friday 22 December 2023


Masa cari hadiah dekat Pavillion, kitorang balik ikut Fahrenheit88 sebab nak masuk Brands Outlet. Bila naik ke Ground Floor terkejut tengok ada pokok Krismas warna ungu. First time tengok pokok krismas warna ungu, penuh dengan hiasan fluffy berwarna pastel. Cantik sangat. 


Dekat sekitar pokok Krismas ungu tu ada ornaments warna ungu metalik, emas dan pink terang. Semua ornaments tu dibungkus dalam kotak besi see-through. Seal dengan ribbon berwarna peach. Kalau ornaments tu digantung dekat pokok Krismas ungu ni lagi cantik rasanya. 



Dah puas belek pokok Krismas tu, bergerak sikit ke depan boleh nampak diorang gantung banyak fluffy things dekat bahagian atas. Happy teruk bila tengok hiasan macam ni. Pastu baru ternampak banner Fluffy Festival dari PIXAR dan Disney sempena Krismas. 




Dari gate depan mall sampai ke ruang tengah tu ada arc Monster Inc characters, I tak tahu nama but they looks awwdorable. Tahun ni all out betul ye Disney buat event, maybe sebab dah cecah 100 years anniversary. 

Bazaar MyTown

Saturday 18 November 2023

Lepas makan dekat restoran Dakchigo, on the way nak ke laluan MRT, terdengar busking dekat ruang luar MyTown. Bila menapak keluar, nampak ada bazaar penuh dengan pelbagai jenis booth. Seronok tengok tema bazaar MyTown ni sebab aesthetic. Semua booth yang turut serta menggunakan kayu dan tema warna pastel. 

I boleh tengok je lah bazaar ni sebab dah kenyang makan dekat Dakchigo sebelum tu. Semua peniaga yang ada dekat bazaar MyTown ni adalah peniaga Cina jadi ada makanan yang tak boleh dimakan sebab ada babi dan alkohol. 






Ruang untuk makan pun banyak disediakan di bazaar ni. Boleh pilih nak makan dekat ruang tengah yang penuh dengan meja kayu dan kerusi santai ataupun makan di ruangan tengah sambil layan busking. Walaupun tempat ni teduh dari sinaran matahari tapi tetap panas jugak sebab tak ada kipas. Angin pun tak ada so kalau stay tanpa kipas tangan memang cepat sangat kulit jadi merah. Well, my skin does hshshs





Selain makanan, di bazaar MyTown ni ada juga yang buka kelas untuk kraf. Sebagai tangan yang tak berseni, molek kalau I tengok dari jauh sambil menghargai seni buatan tangan orang lain. 







Bazaar yang jual pakaian, aksesori, lilin homemade, kraf tangan, lukisan dan pokok tanaman pun banyak juga. Sebelum ni I nampak bazaar dekat Pasar Seni dengan Lalaport, tak sangka dekat MyTown pun ada. Tak pasti kalau minggu tu untuk bazaar peniaga Cina kemudian minggu lain bertukar peniaga lain ikut tema macam dua mall tu. Tapi kalau fixed pun I don't have problems, poket I je bermasalah hshs