Sid-Kiara, Ab Booking Permanent Ho Gayi
Wednesday 15 February 2023
Masa tengok Koffee With Karan tahun lepas KJo dah bagi hint yang Sid Malhotra dengan Kiara Advani nak kahwin tahun ni tapi tak ada kenyataan rasmi pun dari kedua-dua belah pihak. Jangkan tentang kahwin, relationship tengah bercinta pun tak didedahkan langsung tapi nampak lah cara masing-masing tu macam mana.
Tup tup hujung Januari dapat tahu Sid dengan Kiara dah pergi fitting dan book Istana Suryagarh di Rajashtan untuk majlis perkahwinan diorang pada 7 Februari 2023. Of course it's a great news sebab dah lama suka dengan Sid dan Kiara dalam movie Shershaah (2021). Dalam filem tu tak dapat berkahwin tapi di dunia realiti Sid dengan Kiara macam pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan. Comel sangat Sid dengan Kiara release gambar kahwin diorang dengan caption 'Ab booking permanent ho gayi sebab dialog tu dari filem Shershaah.
Bukan dari segi fizikal yang cantik dan segak saja malah perangai pun lebih kurang sama. Both of them jenis keep circle small dan sensitif orangnya. Bukan jenis artis yang suka buat kontroversi semata untuk promosi filem, jenis kawan memang genuine dan bukan untuk kepentingan sendiri semata.
Kalau sebelum ni Sid kecewa dengan relationship bersama Alia Bhatt, kali ni Sid jumpa Alia Advani yang lebih matang dan happy dengan dia. Majlis perkahwinan Sid Malhotra dengan Kiara Advani antara yang dinantikan oleh banyak pihak selain peminat sebab kesemua anak Karan Johar yang debut dalam filem Student Of The Year (2012) dah berkahwin. Time flies....
Memandangkan Sid dan Kiara buat majlis tertutup di Rajashtan, sebaik saja habis di sana, ada majlis resepsi untuk rakan artis dan selebriti di St. Regis, Mumbai pada 13 Februari. Ramai yang excited sebab boleh tengok selebriti yang datang sambil judge outfit semua tetamu.
Pengantin nampak berseri sangat walaupun I tak gemar dress monochrome sutera yang dikenakan oleh Kiara. Memandangkan Manish Malhotra yang sponsor pakaian pengantin dari majlis tunang, kahwin dan resepsi jadi akur je lah dengan permintaan penaja walaupun geram tengok choker gedabak berwarna emerald pada Kiara. Sid pakai apa pun handsome.
Sid-Kiara dengan keluarga |
Sepanjang majlis resepsi ni terkejut tengok love language Sid sebab sebelum ni masa dia bercinta dengan Alia, dia nampak diam sampai orang ingat PR tactic untuk promote filem Kapoor & Sons (2016). Dalam semua gambar, tangan Sid tak lepas langsung dari Kiara. Tengok pandangan mata dia pun tak putus tengok Kiara. He's definitely in love.
Team tak bawa partner - Ranveer Singh, Shilpa Shetty, Vicky Kaushal, Gauri Khan, Bebo, KJo, Alia Bhatt & Neetu Kapoor |
Team Bawa Partner - Kajol-Ajay Devgnm Ritesih-Genelia Deshmukh, Varun Dhawan-Natasha Dalal, Rakul Preet-Jacky Bhagnani, Neha Dhupia-Angad Bedi & Vidya Balan-Siddharth Roy Kapoor |
The Most Watched Indian Series in 2022
Monday 2 January 2023
The advent of streaming platforms has changed our viewing habits. With streaming services, you can binge shows without the interruption of ads. The growth of streaming platforms and their subscribers worldwide has been massive, and India is not an exception, especially in the past years.
Domestic streaming platforms carried most of the market share in the past because of their extensive catalog of original Indian series and movies. Hotstar, MX Player, Voot, Zee5, and ALT Balaji were leaders in the streaming world of India. It’s no surprise, then that international streaming platforms like Netflix, Disney+, and Prime Video started after releasing Indian content, Netflix and Prime Video became massively popular.
Disney + Hotstar is one of the most popular platforms as it streams Hotstar Originals. The owner is a subsidiary of Star India, a Walt Disney Company. Another platform with a massive collection of series, movies, and classic old Sony serials is SonyLiv. Zee5 is one of the fastest-growing streaming platforms in India, with original content, TV shows, and music videos. There are also Voot, TVF Play, Aha, Sun NXT, ALTBalaji, and Hungama Play.
According to Express VPN’s blog piece, popular Indian series that people loved to watch in India during 2022 were:
1. Aranyak
This Netflix show about two officers is situated in the fictional Himachal Pradesh town of Sironah. They are trying to solve the case of rape and murder of a teenage girl who came to the town while on vacation with her mother.
2. Rudra: The Edge of Darkness
In this Disney + Hostar crime show, a brilliant super-cop, Rudra Veer Singh, is resolving cases on the streets of Mumbai. He is pursuing a suspect who ends up in the hospital in a coma.
3. Aashram
The story of this MX Player gem revolves around a godman, Baba Nirala, whose followers have blind faith in him and will do anything he asks of them. However, he is actually a con man who takes his devotee's wealth.
4. Anupamaa
The viewers can enjoy this show on StarPlus. It is a story about a Gujarati homemaker Anupamaa Shah. The story revolves around a Gujarati homemaker Anupamaa Shah. Some of her family members berate her for her self-sacrificing nature. Anupamaa sacrificed a lot to become a devoted wife and a loving mother, only to be disrespected in return. After the bitter realization, she sets out to live on.
5. Kaun Banegi Shikharwati
The plot of this Zee5 show revolves around a former king still living in his royal residence to trick his four estranged daughters into coming back to him. However, he’s broke and owes the Indian government a significant amount of unpaid property taxes.
The future of streaming services in India
The war between Pay TV and the streaming industry is real. Availability of choice will change how content is created and distributed. Streaming services will provide new opportunities for broadcasters to grow their reach.
Persamaan Babak The Fame Game Dengan Dunia Bollywood
Sunday 18 December 2022
Lepas tengok drama The Fame Game ni ramai yang tertanya-tanya
sama ada drama ni adalah adaptasi dunia sebenar ataupun lebih tepat lagi,
bingkisan hidup mendiang Sridevi. Nak kata sepenuhnya diambil dari kisah
Sridevi tu tak lah tapi ada beberapa babak yang buat kita teringat pada
mendiang. Ada juga beberapa babak lain yang menjadi rujukan penulis untuk masukkan dalam drama terbitan Netflix ni.
1. Kisah Hidup Sridevi
Kebanyakan pelakon cari peluang di dunia Bollywood untuk sara keluarga dan kebanyakannya juga bekerja dari kecil atau dipaksa berkahwin dengan produser filem. Sridevi mula berlakon di usia muda dan menjadi sumber pendapatan keluarganya. Selepas dipaksa masuk ke dunia lakonan, dia tukar nama dari Shree Amma Yanger Ayyapan kepada Sridevi, sama macam Anamika bila dia bagitahu Amu (Muskkaan Jaferi), dia masih lagi Vijju yang sama bukannya Anamika.
Babak Nikhil baran bila Anamika tak nak berlakon memang nampak dia sepenuhnya bergantung dengan si isteri macam Boney bergantung dengan bakat Sridevi. Bila Sridevi yang lama menyepi dari dunia lakonan mula berlakon balik dalam English Vinglish (2012), boleh nampak keluarga mereka perlukan duit ditambah pula dengan khabar angin yang disebarkan oleh jiran bila pasangan tersebut kerap bertengkar kerana duit.
"We respect Srideviji a lot. And yes, she was the first choice for Sivagami in Baahubali. This was very early in the project. But when we approached her, her husband, Boney Kapoor, quoted a staggering fee. Plus, he wanted a share of the Baahubali profits. We dropped the idea immediately, though we were very keen on casting Srideviji. Later, we came to know she did a Tamil film (Puli), where she was given the fee that her husband wanted."
2. Anak Perempuan
Dalam The Fame Game, anak perempuan Anamika, Amu nak ikut jejak langkah ibunya sebagai pelakon Bollywood, sama seperti Janhvi Kapoor yang menjadi pelakon sebaik saja tamat pengajian. Tapi mana-mana anak pelakon pun akan ikut jejak langkah orang tua. Yang buatkan point ni dipetik bila Anamika juga sama seperti Sridevi yang mempunyai anak perempuan dan simpan impian yang sama.
Kebetulan ataupun sengaja, wajah Amu dari sudut tertentu nampak lebih kurang sama dengan Janhvi Kapoor. Imej Amu juga tampak biasa saja sebab fasa remaja Janhvi juga seperti perempuan kebanyakan tapi Sridevi bawa ke klinik untuk touch up mana perlu.
3. Kisah Cinta
Bab Anamika bercinta dengan Manish tu sama lah dengan kisah cinta Sridevi dan Mithun Chakraborthy sampai keluar khabar angin yang mereka berdua sebenarnya dah berkahwin. Kemudian terpaksa putus kerana status Mithun sebagai suami orang menyebabkan imej Sridevi tercalar. Boney, produser terkenal yang terbitkan filem Mr. India (1987) selamatkan Sridevi dengan bagi kerja dan juga rumah serta duit untuk rawat emak Sridevi. Kemudiannya mereka berkahwin.
Dalam drama The Fame
Game, Anamika bercinta dengan Manish kemudian mengandung dan dipaksa kahwin
dengan Nikhil, produser Bollywood. Anamika pun berlakon dalam movie Nikhil
untuk selamatkan kewangan syarikat. Sama kes dengan Sridevi-Boney. Malah semasa mereka berkahwin, Sridevi dah mengandungkan anak Boney.
Pilihan movie Boney juga lebih kurang sama dengan Nikhil bila dia lebih terarah pada masala, rom-com atau action dan bukan filem artsy macam Hasrat. Khushi (2003), No Entry (2005), Wanted (2009), Tevar (2015). Kebanyakan filem dia blockbuster sebab lakonan Sridevi sebagai heroin - Mr. India (1987), Roop Ki Rani Choron Ka Raja (1993), Judaai (1997) dan Mom (2017).
Bezanya Boney lebih banyak dibantu oleh adik dia, Anil Kapoor sebagai hero sebab dia diboikot lepas buang Mona Kapoor dan anak-anak hanya kerana ingin berkahwin dengan Sridevi.
Persona Manish diadaptasi longgar dari kehidupan Shah Rukh Khan bila ada babak Manish lambai peminat yang tunggu di luar rumah, sama seperti SRK yang melambai setiap hari dari beranda Mannat. Sama seperti SRK-Kajol yang mempunyai chemistry hebat onscreen, begitu juga dengan Manish dan Anamika dalam The Fame Game.
Ada shot yang pamerkan iklan Manish memakai jam tangan jenama Tag Heuer, sama seperti SRK yang menjadi duta sejak berdekad lamanya. Penulis juga bina watak Manish dengan masukkan part berlakon dalam filem rakan artis tanpa bayaran sebagai tanda support sama seperti SRK. Masalah kesihatan yang ditonjolkan pada watak Manish pula adalah isu yang sentiasa wujud dalam kalangan pelakon dan selebriti Bollywood.
6. Pelakon Generasi Baru
Babak Anamika berjumpa dengan pelakon generasi baru di karpet merah tu jelas sangat rujukannya sebab Sonam Kapoor pernah panggil Aishwarya Rai 'aunty' bila Aish pernah berlakon dengan Anil Kapoor dalam filem Hamara Dil Aapke Paas Hai.
Untuk orang biasa benda ni nampak remeh lah tapi untuk pelakon dengan saingan yang sengit dan life span yang pendek, nampak rude sebab merendahkan pelakon senior. Benda ni berlaku dekat pelakon perempuan sahaja sebab dengan pelakon lelaki elok pula panggil nama atau 'Sir' sebagai tanda respect.
7. Casting Couch
8. Latar Belakang Menyayat Hati
"I was a baby when he moved out of our lives. I don’t even remember the time when he was at home. All the children, we are a dozen of them, were in the same school. A couple of times he came to drop other kids, so that was my first impression of him, I was like, ‘oh this is appa..’ But I never had a chance to meet him. I don’t think even he noticed me there. He never saw me" - Rekha
Sama seperti Sridevi, Rekha juga menjadi pelakon untuk sara keluarga dan terpaksa berhenti belajar sejak berumur 9 tahun untuk bekerja. Malang juga untuk Rekha bila berdepan dengan sexual harrassment dari senior actor bila dia dicium secara paksa oleh Biswajeet sedangkan pengarah tak pernah mentioned tentang babak tersebut. Tak ada pula yang menghalang sebaliknya bersorak sepanjang 5 minit tersebut.
9. Pelakon Dibuang Dari Filem
Aishwarya pernah dibuang dari filem Chalte Chalte (2003) gara-gara Salman Khan selalu mengganggu di set penggambaran sampai team production naik rimas. Shahid Kapoor atau Kartik Aryaan dibuang dari filem kerana berselisih pendapat dengan pengarah untuk watak mereka. Taapsee Pannu digantikan oleh pelakon lain tanpa sebab malah dapat tahu dari media antara risiko dalam industri perfileman.
Banyak sangat insiden atau cebisan hidup yang diambil sebagai rujukan untuk drama The Fame Game lantas membuatkan drama tersebut tampak meyakinkan dan lebih dekat dengan penonton. Anyway for those yang belum tengok, boleh klik butang play di Netflix.