Bayar Saman MPSJ Secara Online

Monday 6 November 2017

Bulan Oktober ni agak malang lah jugak bagi poket sebab ada je masalah datang tapi yang ni sendiri cari pasal. Ingatkan sekejap je urusan dengan Maybank tapi pegawai dia buat silap pulak sampai lupa park dekat depan bank. Masa tu nak parking dekat Giant tapi Giant tak buka lagi. Parking lain semua dah penuh. Masa tu fikir urusan kejap je ni, sudahnya sangkut dari pagi sampai tengahari. Hambek! 

*Jangan pergi Maybank Kinrara sebab bad service from their staff. Not only me but ada jugak yang terkena dengan kecuaian diorang. Bad service satu hal, there's also no apology from them*

Nak menapak ke MPSJ tu memang malas so I will always find alternative untuk bayar online. Senang, klik2 je dah siap. Tak payah tension hadap trafik bagai. 


Nak bayar saman MPSJ ni mudah je kalau online tapi tolong pastikan internet laju kalau tak, mereput lah kau tunggu page dia loading zahabedah berat betul. 

Step first sekali haruslah pergi dekat laman web MPSJ lepastu klik bahagian kompaun. Tak perlu register bagai sebab korang masuk sebagai pelawat. 


Lepas dah klik bahagian kompaun, akan keluar window baru and then masukkan no plat kereta ataupun no kompaun ataupun no IC then klik Cari


Dah tekan cari, nanti keluar lah kesalahan trafik korang tu. Kalau bayar awal, MPSJ charge RM20 je. Ni jadi RM30 sebab busy sangat minggu lepas sampai lupa nak bayar padahal Jumaat lepas dah isi dah details kad debit tapi buat separuh jalan je bila boss cari. T.T


Untuk yang dah bayar, dia akan keluar macam ni lah. Dah selesai dah. Tapi yang belum bayar, ada button klik untuk buat bayaran di kotak TARAF tu. Klik je dekat situ lepastu klik dekat BAYARAN ONLINE. 


Isi semua details yang diperlukan tu lepastu tick dekat box Saya setuju dengan T&C lepastu tekan lah Visa/Mastercard tu haaa. Kalau kau Amex tekan Amex lah. Earlier I said make sure internet kena laju kan? Sebab taknak nanti masa tengah process payment, disconnected pulak. Dah satu hal kau kena call En Khairil Anuar dengan pihak bank sekali. 

Dah settle bahagian ni, tunggu TAC/OTP masuk untuk pengesahan & then tekan submit. And its DONE! Nanti akan dapat mesej dari pihak MPSJ bahawasanya bayaran kompaun dah selesai. Dah settle hutang hihu. 

4 comments

  1. Hi...cik manggis datang ziarah. Tq atas perkongsian. Dah follow juga.
    http://yangunguitumanggis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ni... amer follow blog ini ye! :)

    https://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. bila saman akan ada dalam talian ye? hari yang sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pula hal tu tapi tempoh bayaran awal selama 2 minggu so i don't think its a problem?

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.