Rakyat Malaysia Pengguna Whatsapp Terbanyak Di Dunia

Wednesday 13 September 2017

2 hari lepas, research dari Universiti Oxford dengan kerjasama Institute Reuters keluarkan hasil kaji selidik yang melibatkan dunia digital untuk tahun 2017. & suprisingly, Malaysia pengguna Whatsap yang tertinggi sebanyak 51%, negara Brazil sebanyak 46% & Sepanyol 32%. Kaji selidik ni melibatkan 36 buah negara di dunia. 

Mengikut kajian ni, rakyat Malaysia gunakan khidmat Whatsapp untuk bisnes, pengajian dan bertukar maklumat selain daripada berkomunikasi, berbeza dengan negara Amerika Syarikat hanya 3% sahaja yang gunakan Whatsapp, selebihnya bergantung kepada media. 

Lepas baca report ni, agak setuju lah dengan kajian ni sebab masa belajar dulu semua subjek ada Whatsapp group. Ada 5 subjek dalam 1 sem, dipecahkan lagi kepada 3 group. 1 group untuk kuliah, 1 lagi untuk kelas tutorial & lagi satu untuk group presentation. Dah berapa banyak dah group Whatsapp dekat situ. Tu belum lagi kalau dalam subjek tu ada field project. Tambah lagi satu untuk AJK. Masak kau. Boleh cecah 1000 message dalam sehari lepastu hp hang sebab panas sangat. T.T

Daripada sumber kaji selidik SKMM pulak, rakyat Malaysia lebih cenderung guna social media berbanding media cetak & platform tertinggi sekali digunakan ialah Facebook sebanyak 58%. 



Dengan data kaji selidik ni, yang mana nak guna sistem hebahan better avoid radio sebab paling rendah sangat yang guna.. Yang mana nak start bisnes boleh lah guna Whatsapp ataupun Facebook. Lagi murah, ye dak? Pantas pun pantas. 

Walaupun hebahan iklan di social media di negara kita tinggi, tapi penggunaan Adblock di negara Malaysia masih lagi rendah iaitu 27% sahaja so tak ada masalah untuk buat duit. Adblock ni berfungsi untuk menyekat iklan yang ada pada sesuatu laman. Kadang tu dalam satu laman ada 24  jenis iklan. Jadi Adblock ni bantu kita jimatkan masa untuk buang semua iklan. Jimat jugak quota internet kita. Youngster memang dah aware dengan Adblock ni sebab penggunaan Adblock memang majoriti dari golongan muda. 


Kalau ikut hasil kajian ni pun, tak banyak yang guna khidmat Adblock sebab kebanyakan laman tak bagi tengok full content kalau ada Adblock. Tapi ada jugak yang buang sementara je, esok lusa aktifkan balik sebab Adblock ni memang bagus kepada pengguna digital tapi satu kerugian kepada penjana duit dari iklan sebab banyak laman yang mati berpunca dari Adblock ni. But no worries, penggunaan Adblock di Malaysia tak meluas pun lagi. 

Untuk yang nak baca full report, boleh pergi dekat SINI

6 comments

  1. mek ade dengar pagi tadi dalam radio :) memang dasyatkan Malaysia mencatat paling tinggi pengguna *hihi*

    pasal adblock tu baru tahu..

    ReplyDelete
  2. Hebat rakyat Mesia ni.

    ps : Carta pie tu jumlahnya dah lebih 100%

    ReplyDelete
  3. warisan : Ha'ah dah lebih tapi dah sumber bagi macamtu ikut je lah :P

    mek : Tu la ramai yang tak tahu lagi pasal adblock ni. Greece yang paling tinggi pun 36% je

    ReplyDelete
  4. Kak ana pun tak pernah dgr tentang adblock ni. First time dgr dekat sini.

    Tapi memang layak Malaysia jadi no 1. Haha. Tgklah utk satu orang brp group WhatsApp dia ada. Hehe. Tu baru satu hp. Kalau dia ada 2-3 hp. 😅

    ReplyDelete
  5. ini betul kot.. cikyan tak blh hidup la tanpa wassap.. sehari takdak internet kacau bilau dah.. walhal takdak sapa pon msj.. hahaha.. dah terbiasa..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.