Sunday, 3 September 2017

Nom Nom Nom : Nasi Beringin

Godek gallery Dropbox ternampak gambar Nasi Beringin dekat Segamat dulu. Kisahnya pagi Sabtu tu keluar dengan Izi pergi hantar budak rumah ke terminal bas. Otw balik tu haruslah lapar sebab bangun pagi tak makan apa pun lagi so singgah lah kejap dekat warung tepi jalan depan tokong Cina sebab nampak meriah kemain. 

At first ingat nak pekena roti canai tapi ada pakcik tu suruh try Nasi Beringin. Tak pernah dengar lagi nama nasi ni so gamble lah try makan. Sedap tak sedap, kena tekak ke tak belakang cerita lah. 



Ada yang tak pernah dengar pasal Nasi Beringin ni ke? Kita geng lah tu sebab katanya menu orang Segamat tapi makin pupus menu ni. 

Nasi Beringin ni macam nasi lemak jugak tapi specialnya dia masak nasi tu dengan serai lepastu ada lauk kari ayam. Kari dia boleh bikin nangis sebab sedap. Lepastu ada acar timun nenas. Minum pulak dengan kopi o wei sedap. Nak mintak tambah tapi dah kenyang sebab nasi kemain banyak. Dalam gambar tu share dua tau dengan Izi. 

Harga sepinggan RM5 kalau tak silap. Memang berbaloi lah harga dia sebab perut happy. Siapa yang study dekat Segamat tu boleh lah try menu ni. Bukan senang nak jumpa. Sekarang ni rasanya dah ada kedai khas Nasi Beringin ni sebab diorang nak naikkan balik menu sejarah ni. Nanti nak try masak sendiri lah kalau teringin senang sebab dah tahu buat. :D

5 comments:

  1. Tertanya2 jugak macam mana rupa nasi beringin tu.. hehe.. laa ni baru tahu macam mana.. btw puan deeba follow sini..

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar nasi beringin. memang menu ni dari segamat ke?

    ReplyDelete
  3. Ha'ah tiara memang dari segamat. Nanti kalau pergi sana try la :)

    ReplyDelete
  4. Menu ohsem nie.. Kena kekalkan.. Mana tau sha sampai segamat.. Boleh try..

    ReplyDelete
  5. FIRST TIME DENGAR NASI BERINGIN NI . CCL INGATKAN KARI DIA BOLEH BUAT NANGIS SEBAB PEDAS RUPANYA SEDAP .HEHE

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...