Friday, 29 September 2017

Giveaway Birthday Tuan Blog Dan Blog Anugerah Terindah

SEGMEN : NAK OM REVIEW BLOG ?



Rasanya dah tak ada apa yang perlu Om touch up sebab blog dah cantik, simple & ringan je bila singgah nak membaca. :)

For those yang nak join, klik je banner dekat atas okay? :)

SEGMEN FOLLOW MENG-FOLLOW


ID Instagram : @farhannajafri

Yang belum join tu meh le join. Syarat senang je. Klik je banner tu okay? :)

Movie Review : 47 Meters Down

Tahun lepas ada movie The Shallows pasal medical student terperangkap dengan ikan jerung di laut masa tengah surfing so tahun ni ada 47 Meters Down pun kisah yang sama terperangkap dengan ikan jerung di dasar lautan sedalam 47 meter.


Image result for 47 metres down review

Director : Johannes Roberts
Cast : Claire Holt, Mandy Moore, Matthew Modine
Rating : 3/10
Trailer : 


The idea of this movie is great. What would you do if you're sorrounded by shark with no oxygen tanks and no one to help you. So I decided to watch this movie ye lah sebab ada big question on your head about the ending. The curiosity is really damn high. Tapi tu lah, kadang tu kita nak pelangi tapi kita dapat petir. 

Sembang pasal movie shark, the exaggeration is there kan? Sama lah macam dalam movie ni cumanya movie ni dia extra sikit bila dia exaggerate sampai nampak bodoh. Why? Okay, forst of all kau nak pergi tengok ikan jerung yang besaq gedabak and dari kecik lagi kau memang dah tahu yang jerung ni makan orang even tengok signboard kawasan laut tu ada jerung pun kau dah decide untuk patah balik kan? But not with these beauties heroines sisters ni gigih sangat nak tengok jerung dalam sangkar yang berkarat, say whatttt?

Image result for 47 metres down review

Kau tengok sangkar berkarat tu dengan jerung gedabak pun kau dah boleh fikir sekali dia libas je sangkar tu dah berkecai. 

Second, bila sembang pasal underwater, kita akan sembang tekanan. Bila ada tekanan hearing system kita akan terkesan tapi dalam movie ni dia punya hearing system memang tip top walaupun dah terluka sebab dah pergi ke bawah sampai 47 metre. Again, where's the logic? Ye lah memang lah ni movie tapi letak lah logic sikit. Dah lah dari awal movie sampai habis tak nampak pun communication device diorang tapi elok je sembang tau.

Image result for 47 metres down review

Third, I'm not a diver tapi tu lah kalau kau guna oxygen tank dengan kadar yang sangat terhad lepastu boleh pulak duduk dekat bawah tu lama kemain. Beria suruh control diri jangan panik sebab nanti oxygen habis tapi memasing menjerit menggelupur bersepah buih keluar but everything is under control. Oxygen tank boleh tahan lama kemain. 

Fourth, apa benda wei kapten kapal suruh dua beradik ni tunggu je dalam sangkar sampai bantuan sampai? Gila ke apa? Memang lah selamat dari jerung tapi oxygen bergerak kot. Bantuan dah lah lambat gila nak sampai! 

Lastly, apa benda lah orang yang hantar bantuan tu turun ke dasar laut yang penuh dengan jerung without extra preparation. Memang kena makan je lah cerita dia dengan ikan jerung. Apa benda lah movie ni. 

Image result for 47 metres down review

Dalam movie ni nak puji the sharks je sebab pandai buat saspen. Menjerit sebab terkejut jerung datang entah dari mana. Yang lain tu entahlah rasa menyampah je tunggu ending. 

1. Team Production 0.5, 2. Visual 0, 3. Audio 0, 4. Storyline 0, 5. Casting 1, 6. Genre 0.5, 7. Themes 0.5, 8. Editing 0, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0

Thursday, 28 September 2017

Bahaya Daging & Telur Penyu

What a gloomy day, haihhhh.  Baca news pagi tadi tentang penemuan tulang penyu di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. It's sad to see human treating nature like this. 


Sumber gambar : NST

Dari hasil siasatan pihak Jabatan Hidupan Liar, penyu ni dimakan oleh penduduk di kawasan yang berdekatan terutamanya kaum Bajau ataupun masyarakat Pala'u & tulang penyu yang ada ni semua dihanyutkan oleh ombak laut. Kalau diikutkan kefahaman masyarakat ni, makan daging penyu & telur penyu dapat tambah tenaga dalaman dan merawat pelbagai penyakit  tapi hasil kajian dari Universiti Papua bagitau benda sebaliknya. 

Sebenarnya bukan di Malaysia je yang ada masalah pengambilan daging penyu untuk merawat penyakit tapi di Indonesia pun sama. Di China, masyarakat sana minum darah penyu untuk merawat sakit asma. Pinggang dan hati dibuat sup. Minyak penyu untuk merawat sakit kulit. Di Amerika Latin daging penyu dihidang untuk majlis keramaian seperti majlis kahwin ataupun sambutan Hari Krismas. Apart from these countries, Vietnam, Madagascar, Filipina, Mesir, Papua New Guinea & banyak lagi. 


Sumber gambar : NST


Daging penyu ada merkuri, besi, mangan, logam, arsenik, merkuri, kadmium, arsen, timah, seng, mangaan, besi dan tembaga. Tak cukup dengan ni, disebabkan laut dah tercemar dengan pelbagai jenis sisa buangan, penyu pun makan benda yang tercemar yang penuh dengan bakteria & parasit yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. 

Antara bakteria yang ada dalam badan penyu, 

  • Salmonella Bacteria - Bakteria ni boleh sebabkan muntah, sakit kepala, kejang & cirit-birit. Tahun 1999, sebanyak 40 kes dilaporkan di Australia lepas makan daging penyu. Sama juga di India. 
  • Mycobacteria - Menyebabkan Tuberculosis ataupun dikenali sebagai TB
  • Chlamydiaceae - Boleh menyebabkan STD
  • Leptospires - Penyakit kencing tikus menyebabkan sakit buah pinggang, menigitis, kerosakan hati, kesukaran bernafas ataupun kematian
  • Spirorchid trematodes - cacing parasit di laut. 
  • Dichlorodiphenyltrichloroethane (DDT) - menyebabkan kanser, organ dalaman rosak & kemandulan. 

Kalau dulu mungkin boleh kita percaya makan daging ataupun telur penyu boleh bawa manfaat tapi sekarang ibarat makan racun sebab penyu ni ibarat empangan bakteria bergerak. Ramai yang kata sedap but I don't know jauh mana pergi sedap dia tu sebab tak pernah makan tapi nak dibandingkan sedap yang sementara dengan sakit yang berpanjangan, tskkkkk. 

Lagipun sekarang ni dah tiba masa untuk kita selamatkan penyu sebab penyu dah masuk dalam kategori haiwan terancam dan bakal pupus. Save Turtles, Save Life. :)

Image result for turtles

GIVEAWAY FM FROM CANADA

SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA


Kalau nak sesi berkenalan ni haruslah mula dengan nama and yes as you guys can see on my blog and the link itself, I am Farhana Jafri. Dekat link blog tu ada double N sebab saja letak dua bagi ada sabdu sikit. Hihu

Berumur 26 sejak September tahun ni & seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan tapi kerja sebagai QAQC dengan syarikat pembinaan. Currently working at TUDM Subang. Lari jauh kan dengan kos masa study dulu? I know. Ada orang tanya tak rasa rugi ke belajar lain tapi kerja lain? Tak pun. Rasa ilmu berganda ada lah. Actually tak lah tinggalkan terus dunia kewangan tu sebab ilmu tu digunakan untuk persatuan. Sandang jawatan Ketua Kewangan pulak kena uruskan keluar masuk duit persatuan nak pulak setiap minggu ada aktiviti so yeah I'm juggling two things on my hand. Kinda big but I'm trying to make it less harder. Wish me luck. 



Dari tahun 2009 join Blogger ni dari saja nak ada blog sampai lah sekarang kena ada blog sebab nak abadikan kenangan & sharing story untuk jadi rujukan orang lain. Cari side income tu tak lah sangat sebab blog pun tak power mana. Tapi tengah cuba la ni untuk jadi antara yang power walaupun angan-angan tu kelam je. 

Anyway, since 2009 pun link blog guna yang sama je tak pernah bertukar walaupun blog ni yang ketiga dah diwujudkan sebab asyik padam buat padam buat. *Harap yang ni yang last*

I guess I'll stop here sebab limit 200 je ni macam dah nak masuk 300 je so for those yang belum join lagi, jom join segmen ni sebelum tarikh tamat. Untuk menyertai Segmen ini, sila klik>>Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia<<klik

Tuesday, 26 September 2017

Movie Review : Badrinath Ki Dulhania

I have no high expectation at all for this movie during the announcement was made because the first installment, Humpty Sharma Ki Dulhania is such a cliche rom-com movie. So I expected the same with BKD but its nottttttttt!

Director : Shshank Kaitan
Cast : Alia Bhatt, Varun Dhawan, Sahil Vaid, Aparshakti, Shweta Basu, Gauhar Khan, 
Rating : 9.5/10
Trailer : 

Dekat India sana bila kahwin, perempuan yang kena bagi wang hantaran so family yang ada anak perempuan memang stress sangat because for them anak perempuan tu liability meanwhile anak lelaki pula asset kepada diorang walaupun anak lelaki tu bodoh dalam pelajaran, tak bekerja gah sangat. And that's what happened to Badrinath Bansal (Varun Dhawan) & Vaidehi Trivedi ( Alia Bhatt)


Vaidehi taknak berkahwin lepas belajar sebab culture dekat sana, lepas habis belajar je parents dah get ready duit untuk kahwinkan anak perempuan diorang melalui ajen cari jodoh. Sick with this culture, Vaidehi berazam nak jadi stewardess so she could help her parents hidup senang dengan duit gaji dia instead of suruh dia & kakak dia kahwin. Tapi cita-cita dia terhalang bila Badri datang jumpa family dia hantar pinangan. Parents dia memang taknak tolak pinangan Badri sebab Badri anak orang kaya & terkenal di bandar tu. 

Related image

So Vaidehi is in torn lah nak pilih cita-cita ataupun harapan parents dia sebab dia dah pernah kecewakan ayah dia bila pakwe dia tipu & lari dengan duit simpanan ayah dia. Disebabkan kes tu, ayah dia dapat sakit jantung. Sana-sini usung gas cylinder untuk oksigen. Tapi dia taknak hidup dia jadi macam perempuan lain. Duduk di rumah jadi suri rumah jaga anak sepenuh masa sebab dia nak balas jasa parents dia & ubah taraf kehidupan keluarga dia.

Image result for badrinath ki dulhania

So yes, movie ni memang sarat dengan social message mengenai stigma kehidupan masyarakat India yang menganggap wanita tu suatu beban dalam kehidupan. Macam mana dari kecil lagi perempuan dibezakan layanan dengan lelaki. & even sanggup gunakan kekerasan to the extent of killing since ayah Badri sakit hati bila Vaidehi lari dari majlis perkahwinan dia dengan Badri. Ayah Badri berdendam dengan keluarga Vaidehi sampai malukan depan semua orang di bandar tu. So its not easy to be a women and this movie have done justice for these social problem and that's what amazed me the most. 

Movie ni tak lah berat walaupun sarat dengan social message, it just a typical rom-com tapi dengan kualiti, you get what I mean? Entertaining, comical, romantic and dramatic. Storyline memang cliche sebab dah boleh tahu flow and ending macam mana, I can't deny that part but it is likeable and totaly lovable and of course the editing work well. Just perfect.

                                   

Kalau sembang bab Alia and Varun, rasanya diorang ni perfect jodi onscreen. Chemistry diorang tu memang ngam since dari Student Of The Year membawak ke Humpty Sharma Ki Dulhania & now, BKD. Dah la sama cantik, sama padan, sama comel. Macam tengok SRK-Kajol, macam tu la lebih kurang. 

Dalam movie ni baru la tahu dekat India sana ada Seven Wonders Park di Kota, Rajashtan so tak payah pusing-pusing satu dunia nak tengok Seven Wonders, pergi dekat Kota dah boleh tengok semua dah. Bab cinematoghraphy and scenery memang tip-top lah. Cantik sangat bandar Rajashtan especially dekat Kishore Sagar Lake & Singapore.

Related image

& the soundtrack is totally great! Memang fall in love sangat dengan lagu Humsafar. Lirik dia Akhil karang berbunga teruk, bila keluar untuk scene romantic rasa blew away awww sangat. Lagu Aashiq Surrender Hua, Badrinath Ki Dulhania, Tamma Tamma Again dengan Roke Na Ruke Naina pun best. Senang cerita, semua lagu dia lah best. Memang great job dari team Aamal Malik. 


Yang bestnya movie ni takde bed scene macam movie new gen Dharma Production sebelum ni. Wardrobe pun semua sopan je, cantik pulak tu wardrobe collection Alia dalam movie ni. Geram je tengok. So you guys don't have to worry sebab satu family boleh tengok movie ni! I already watch this movie for 3 times already which is not normal which is great so kalau korang nak layan movie jiwang dengan lagu best & casting cun melecun, movie ni lah jawapannya. ;)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1,  7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1

Thursday, 21 September 2017

MYLARA Skincare

Movie Review : The Book Of Henry

I swear I watched this movie because of Jaeden! Siapa yang dah tengok movie IT, kenal lah siapa Jaeden ni. Tak puas okay tengok dia dalam IT, so sambung dekat sini pulak.

Image result for the book of henry poster

Director : Colin Trevorrow
Cast : Naomi Watts, Jaeden Lieberher, Jacob Tremblay, Madie Ziegler, Dean Norris
Rating : 4/10
Trailer : 

Movie The Book Of Henry mengisahkan tentang kehidupan Henry (Jaeden), ibu dia (Naomi Watts) & adiknya Peter (Jacob). Since his mom ibu tunggal & macam tak pandai urus kehidupan walaupun dah berkedut sana-sini, Henry yang in-charge sebagai ketua keluarga because he's genius & a stock market trader. 

Image result for the book of henry

Henry crush dekat budak rumah sebelah, Christina (Maddie Ziegler) tapi tak tahu lah dia crush ataupun dia rasa kesian dekat Christina sebab selalu kena rogol dengan bapak tiri dia, Glenn Sicklemen & the worst, Glenn ni seorang polis. So cable dia kuat. Even Henry buat aduan pun tak guna jugak sebab pegawai tinggi Child Care Protection pun abang kepada Glenn. T.T

Image result for the book of henry

Movie ni tak lah berat mana pun storyline tu cuma rasa nak penampar ibu Henry ni. I mean, wei dah berkedut sana sini pun tak mampu nak jaga family & gave all the authority dekat Henry. Really? Ain't you're supposed to give great examples ke? Tahu dia janda tapi dah boleh kembali waras kot sebab Henry dah take over semua benda. Tak faham kenapa dia kena pergi kerja sedangkan Henry dah kutip profit bersepah dari segala stock trading. Balik kerja, main game. T.T


I'm actually confused apa mesej movie ni sebab Henry memang senang triggered kalau tengok perempuan kena abused. Nak kata mak dia kena physical abused dengan ayah dia, tak pasti lah pulak sebab tak ada langsung mentioned dalam movie ni. Mak dia pun macam tak kisah pun tengok orang kena abused. Henry nak tolong perempuan dekat supermarket sebab kena abused dengan pakwe dia pun, mak dia ajak balik rumah sebab tu urusan orang. Tak payah sibuk2.

But I love Henry's word, 

It's not violence that worst in this life. It's apathy. 

First half movie ni memang best tengok sebab Henry dengan Peter punya bonding tu awwww sangat. Bila tak puas tengok Bill & Georgie dalam movie IT, sambung tengok dua beradik ni memang bahagia lah cerita dia. Jaeden ni memang kena bawak watak abang yang caring sangat dengan adik. Tapi dalam movie ni lagi puas tengok sebab dia ketua keluarga kan so yeah Peter rely so much on him. Second half movie ni get ready lah dengan tisu sebab emotional scene dia bersepah. Nak pulak bila scene Peter murung dengan tragedi kehidupan diorang.  


Kalau first half, rasa nak penampar mak dia, second half rasa nak penampar director sebab seriously nak buat movie bunuh polis sebab selalu rogol anak perempuan dia? Memang plan genius Henry tu cantik dah tapi what happen after that? Dia polis, of course lah orang akan cepat je cari. Memang nak buang mayat dekat sungai tapi apa kejadah mayat dia yang gedempol tu nak mengalir sekali dengan air yang cetek tahap buku lali pun tak lepas? Absurd!

Related image

Pengetua sekolah tu lagi lah entah apa-apa entah. Masa Henry pergi mengamuk dekat dia sebab tak ambil tindakan dekat Glenn dia buat muka ketat tak ambik port langsung tapi bila tengok tarian ballet Christina, tiba-tiba faham lepastu call polis. Apakah? Orang lain tak faham pun tarian ballet dia sembang pasal apa. Orang lain tepuk tangan je, takde yang sebak macam pengetua tu pun. 

Tak, pengetua tu bukan penari ballet. Tengok badan pun dah tahu. 

But all in all, I really love Jaeden's acting. Superb dari awal sampai habis. Jacob pun. Wei, actually casting dia semua bagus okay tapi team production dia yang entah mende lah buat movie kasi siap cincai je. Sayang lah movie ni lebur cenggitu. Tapi kalau nak tengok secara santai, boleh je layan. Tapi tu lah, sediakan tisu lah. Ke hati Iolls yang tisu? Pfffttt.

1. Team Production 0, 2. Visual 0.5, 3. Audio 0.5, 4. Storyline 0, 5. Casting 1, 6. Genre 0, 7. Themes 0.5, 8. Editing 0.5, 9. Social Message 0.5, 10. Personal Thought 0.5

First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤

Tuesday, 19 September 2017

Movie Review : Kau Yang Satu

Semalam nampak iklan Kau Yang Satu dekat Astro so teringat tak buat lagi review movie ni padahal dah lama dah tengok.

Masa tengok trailer movie & introduction 20 minit awal dekat Astro ni tergedik-gedik jugak lah nak tengok full movie sebab casting dia power belaka. Tapi tak lah sampai tengok dekat panggung sebab wei cerita cinta je kot. Movie Melayu pulak tu.

Image result for kau yang satu

Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Winci & Amyra Rosli
Rating : 4.5/10
Trailer : 


Judging from the trailer, this movie can give audience a better experience but the reality isn't. Movie ni rasanya elok jadi telemovie je lah kot. Lagi jimat kos. Tapi movie ni boleh je nak layan secara santai sambil buat housechores bagai. 

One of my expectation from the trailer sebab based on bestseller novel back then, line-up casting pun power sebab ada Izara which is my fav actress, ada Aaron Aziz & Hisyam Hamid kalau kau bosan dengan movie pun boleh cuci mata tengok pelakon handsome hihu. Bukan Iolls je yang ada expectation cenggitu, Metro pun sembang benda sama. 


Tapi tak tahu lah dia kecewa ataupun bahagia tengok movie ni sebab dia tak ada pulak buat ulasan movie ni. Apart from top-notch acting from all cast, chemistry antara Izara dengan Aaron pun best jugak nak layan. Nak pulak bila masuk romantic scene macam scene ikat tie dengan scene shaving tu. Tapi chemistry Izara dengan Hisyam pun power jugak sampai kau rasa nak Izara lari je dekat Hisyam tak payah stay dengan Aaron sebab both of them kahwin secara paksa dalam movie ni atas kehendak keluarga. Ha'ah, storyline dia cliche. 

Image result for kau yang satu

I cannot compare lah between movie & novel which one is better because I don't have time nak baca balik novel tu tapi rasanya tak lari jauh mana pun jalan cerita dalam novel dengan movie ni. But I can assure you its a happy ending. *wink wink*

Walaupun storyline cliche, the emotion is there. Ada scene hiba tu memang menangis jugak lah. Tu lah jadinya bila casting kau bagus, dia boleh tutup kelemahan jalan cerita tu tapi tak banyak lah tapi still boleh hadam lah. But I really love Soo Winci's acting. Jarang nampak dia berlakon so bila tengok dia berlakon bagus memang wow, she's killing it. Part Amyra Rosli, errr semua orang boleh ganti tempat dia actually sebab watak dia tak penting mana pun. So kalau dia kayu pun orang tak kisah but I enjoy lah her presence. 

Fyi, semua casting ni ada kelas lakonan selama 3 minggu dengan Ellie Suriati so korang tahu lah macam mana scene sebabak boleh buat orang menangis sebak sebab Kak Ellie ratu ayaq mata kot. 

Image result for kau yang satu

I don't have any problem with cinematography & audio, semua okay je. Tak lah teruk mana tak lah best mana. Just nice sesuai dengan movie. Tak sure diorang shooting dekat mana sebab scene laut cantik kemain & of course scene dekat New Zealand. Tapi rasanya tak perlu pun bazir duit pergi abroad untuk shoot tempat cantik sebab kalau trick penonton guna view yang lebih kurang sama pun dah boleh sebab bukannya director tunjuk pun memorable places. Ada la seketul dua local NZ. Itu pun kalau Mat Dan yang masuk berlakon, orang tak perasan pun. 

Image result for kau yang satu

Costume and set design pun tak lah jerih mana sebab the time plot is 2017 so tak banyak pun nak kena prepare. Since movie ni movie cinta, so dia punya storyline pun kena dengan mood jiwang tu cuma konflik dia tak lah heavy sangat. Kalau nak compare movie Kau Yang Satu dengan Ombak Rindu, movie Ombak Rindu cun lagi. Tapi bab entertainment, I choose Kau Yang Satu sebab Ombak Rindu sangat slow sampai rasa nak terajang skrin. 

I really hope Osman Ali can do better than this but since dia sendiri cakap nak maintain produce movie yang klise macam ni sebab nak orang kenal diri dia, so I cannot say more lah. Good luck?

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline 0, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes 0, 8. Editing 0, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 4.5/10

Tuesday, 12 September 2017

Rakyat Malaysia Pengguna Whatsapp Terbanyak Di Dunia

2 hari lepas, research dari Universiti Oxford dengan kerjasama Institute Reuters keluarkan hasil kaji selidik yang melibatkan dunia digital untuk tahun 2017. & suprisingly, Malaysia pengguna Whatsap yang tertinggi sebanyak 51%, negara Brazil sebanyak 46% & Sepanyol 32%. Kaji selidik ni melibatkan 36 buah negara di dunia. 

Mengikut kajian ni, rakyat Malaysia gunakan khidmat Whatsapp untuk bisnes, pengajian dan bertukar maklumat selain daripada berkomunikasi, berbeza dengan negara Amerika Syarikat hanya 3% sahaja yang gunakan Whatsapp, selebihnya bergantung kepada media. 

Lepas baca report ni, agak setuju lah dengan kajian ni sebab masa belajar dulu semua subjek ada Whatsapp group. Ada 5 subjek dalam 1 sem, dipecahkan lagi kepada 3 group. 1 group untuk kuliah, 1 lagi untuk kelas tutorial & lagi satu untuk group presentation. Dah berapa banyak dah group Whatsapp dekat situ. Tu belum lagi kalau dalam subjek tu ada field project. Tambah lagi satu untuk AJK. Masak kau. Boleh cecah 1000 message dalam sehari lepastu hp hang sebab panas sangat. T.T

Daripada sumber kaji selidik SKMM pulak, rakyat Malaysia lebih cenderung guna social media berbanding media cetak & platform tertinggi sekali digunakan ialah Facebook sebanyak 58%. 



Dengan data kaji selidik ni, yang mana nak guna sistem hebahan better avoid radio sebab paling rendah sangat yang guna.. Yang mana nak start bisnes boleh lah guna Whatsapp ataupun Facebook. Lagi murah, ye dak? Pantas pun pantas. 

Walaupun hebahan iklan di social media di negara kita tinggi, tapi penggunaan Adblock di negara Malaysia masih lagi rendah iaitu 27% sahaja so tak ada masalah untuk buat duit. Adblock ni berfungsi untuk menyekat iklan yang ada pada sesuatu laman. Kadang tu dalam satu laman ada 24  jenis iklan. Jadi Adblock ni bantu kita jimatkan masa untuk buang semua iklan. Jimat jugak quota internet kita. Youngster memang dah aware dengan Adblock ni sebab penggunaan Adblock memang majoriti dari golongan muda. 


Kalau ikut hasil kajian ni pun, tak banyak yang guna khidmat Adblock sebab kebanyakan laman tak bagi tengok full content kalau ada Adblock. Tapi ada jugak yang buang sementara je, esok lusa aktifkan balik sebab Adblock ni memang bagus kepada pengguna digital tapi satu kerugian kepada penjana duit dari iklan sebab banyak laman yang mati berpunca dari Adblock ni. But no worries, penggunaan Adblock di Malaysia tak meluas pun lagi. 

Untuk yang nak baca full report, boleh pergi dekat SINI

Giveaway Comel By Syahirah Valiant

Monday, 11 September 2017

Segmen Nak URL Blog #32 Mialiana.com

Kemangkatan Sultan Kedah - Sultan Abdul Halim

Petang semalam pukul 3.30 dah nampak ada yang post berita ni tapi belum dapat perutusan rasmi lagi so ignore je taknak percaya tapi tak lama lepas tu dah keluar dekat page FB negeri Kedah maklumkan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Alharhum Sultan Badlishah dah mangkat jam 2.30 petang pada 11 Sepetember 2017 di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah & bendera negeri Kedah dinaikkan setengah tiang selama seminggu tanda berkabung. 

Image result for sultan abdul halim mangkat

Jenazah baginda akan dikebumikan tengahari ni selepas pertabalan Sultan yang ke-28 sebagai Sultan negeri Kedah yang baru selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim. Selepas selesai acara istiadat pertabalan & laungan Daulat Tuanku sebanyak 3 kali, jenazah Sultan Abdul Halim akan dikebumikan di Makam Istana Langgar jam 4 petang nanti. 

Sayu sebenarnya terima perkhabaran ni sebab Sultan Abdul Halim antara Sultan yang berjiwa rakyat, menggalas tugas sebagai Agung sebanyak 2 kali iaitu pada 21 Sept 1970 hingga 12 Sept 1975 dan 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016 walaupun pertabalan kali kedua tu diterima pada umurnya mencecah 83 tahun tapi dia tetap kuat untuk menjaga negara. Antara Sultan yang sentiasa menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin negara, antara yang rajin dan berdedikasi menjalankan tanggungjawab. 

Cuaca mendung je hari ni dari pagi, dari pagi lagi dengar Hot FM pasang bacaan surah Yassin, Al-Fatihah & Ayat Kursi. Bila bukak socmed, nampak pulak update post dari cucu Sultan Abdul Halim, Ku Rina. 

Netizen Dukacita Sultan Abdul Halim Mangkat

It's such a heartwrenching moment for all Kedahan because we lost such a beautiful gem today. Merafak sembah takziah, semoga roh tuanku Sultan Abdul Halim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat. Jasamu dikenang selalu. Semoga Sultan Kedah yang ke-29 akan menggalas tanggungjawab menjaga negeri Kedah dengan amanah. Insya-Allah. 

The Dough Show - Dominos Pizza

Last week rasa teringin sangat nak makan pizza so singgah kejap dekat Dominos Kuala Selangor. Luck cantik pulak masa tu ada promotion beli 2 Pizza Deals with Extra Cheese ( Regular/Large) dapat 2 tin air Wonda Coffee Extra Expresso Signature Brew. 


Sementara menunggu pizza siap, yang bestnya dekat franchise Kuala Selangor ni apart from nice decoration so you boleh bergambar dekat mana-mana je dinding, ada jugak The Dough Show!


The Dough Show ni kita boleh tengok la cara staf buat pizza ataupun menu lain. Tapi yang best nak tengok haruslah pizza. Mana yang lapar tu muka kemain fokus macam nak terkam pizza tu, nasib ada cermin penghadang. 






Lepas setengah jam tunggu, dapat la merasa pizza yang kitorang order, Pizza Tuna dengan Surf & Turf. Tapi sayangnya kitorang dah order set Extra Cheese lepastu pergi mintak pulak Crust Cheese Meleleh. Muak terus makan. Macam makan pizza dengan cheese semata. Mengundang padah betul. Tapi still sedap cuma comot lah kitorang makan. 


Siapa yang hantu cheese boleh lah serbu Dominos sekarang. Layan cheese & Wonda Coffee. Memang terbaik!

Friday, 8 September 2017

Movie Review : IT

Tbh tak tahu pun pasal movie ni. Ada la dengar dekat radio sekali dua macam tu. Adik-adik la yang gigih cerita pasal kemunculan movie ni. Adik yang second last bagitahu dia nak tengok movie ni sebab budak kecik dalam movie ni comel T.T

Bila scroll Twitter ramai pulak yang sembang comparison dengan movie IT tahun 1990. So yang ni remake but I guess this one is better lah sebab with advanced technology & VFX, movie ni looks great compared to the original. Badut dia pun lagi seram kalau nak bandingkan dengan yang lama tu macam tempek tepung letak gincu je. 

Image result for it poster 2017

Director : Andrés Muschietti
Producer : New Line Cinema 
Cast : Jaeden Lieberher, Bill Skarsgård, Jeremy Ray Taylor, Sophia Lillis
Genre : Horror, Thriller
Rating : 8/10
Trailer : 


Diadaptasikan dari sebuah novel, IT hasil Stephanie King & movie IT tahun 1990, this movie is AMAZING! Selalunya kalau tengok horror thriller mesti cliche, part hantu datang pun dah boleh agak, hantu pun cenggitu le rupa dia. But this movie ya tuhannnn even adaptasi cuma separuh dari novel & remake, IT 2017 tetap deliver fresh content. Kudos to IT 2017 team! 

Untuk movie era tahun 1988, costume design & set design memang kena bekerja keras sikit untuk hidupkan era tu & of course they did great. Totally in love with their wardrobe! Nak pulak summer wardrobe collection memang comel je. Costume Penny the Dancing Clown pulak diinspirasikan dari gabungan Medieval, Renaissance, Elizabethan, & Victorian eras. Nampak tak kegigihan team ni? Top-notch!

Image result for it 2017

Even dapat jawapan dalam movie ni, Penny the Dancing Clown akan menjelma sebagai ketakutan budak-budak di bandar tu tapi still lagi tak tahu kenapa Penny membunuh dengan jumlah yang agak besar, tak tahu apa history & nature Penny. I guess this team simpan untuk movie sequel nanti. So maybe sequel nanti bermain dengan flashback & 27 tahun kemudian bila 7 orang watak kanak-kanak dalam movie ni dah besar. Lagipun masing-masing dah berjanji, bila Penny menjelma balik di bandar tu, diorang pun akan datang balik untuk halau Penny. Ghostbuster team but in cute version. I love them all! Every character dalam movie ni memang perfectly delivered. Dah la comel, lawak pulak tu, kind of entertaining lah walaupun horror thriller. 

Tapi kind of annoying jugak bila Penny datang. Suspense sebab Penny ni tak macam hantu dah, dia macam serial killer. Yang paling kejam sekali sebab bunuh budak-budak yang lemah. Haa gittew. Nak pulak part dia serang Georgie tu. Whyyy :'(

Related image

Cuma wondering jugak lah tahun 1980-an dulu memang dah start trend fuck ke? Sebab budak-budak ni boleh tahan jugak dia punya cursing words tu. Nak kata pengaruh abang/kakak tu tak jugak sebab memasing anak sulung/tunggal. Hilang sikit kecomelan diorang dekat situ.

Image result for it 2017

Dalam movie ni wondering jugak lah where are their parents? Untuk anak emas macam Eddie & ada super-protective and concerning mom, Eddie spent his time quite often instead of sitting at home watching movies. Lagi pelik bila Stanley tak kena denda baca Torah sampai bagus sebab ayah dia dah marah awal movie tu bila dia gagap nak habiskan satu ayat. Too unreal to believe this kids have that much of time. Plus, bila ayah Beverly larang melepak dengan geng budak lelaki ni, ayah dia mention 'orang dekat bandar bergosip' tapi pelik bila bandar tu macam hambar. To have a serial killer with massive amount of victims, mesti lah parents lebih mengongkong kan? Dia macam something's weird with that town. Not only Penny but the adults pun quite loser jugak. But I can say this is just a minor glitch, tak kacau sangat pun dengan movie ni.

Image result for it 2017

For a newbie yang tak familiar langsung dengan movie IT, maybe you guys tak ada masalah langsung nak layan movie ni & I cannot talk much about this movie untuk buat comparison which one better, was it the novel or was it original IT movie since tak pernah tengok atau baca. But I can assure you guys akan enjoy bila tengok movie ni since movie critics bagi thumbs up & banyak positive reviews dari audience.

Movie IT ni ambil masa dari tahun 2009 sampai tahun 2017 untuk siapkan so I really hope tak jadi macam The Conjuring. First installment gempak tapi masuk yang kedua dia dah mula macam nak sepak. Since movie ni dah dapat pujian so I bet ramai lah yang harapkan sequel best so I really hope they don't jinx it sebab nak sangat tahu apa history bandar Derry, history Penny & kenapa semua terapung?

Related image

All in all, this movie deserves a lot of attention and should be in your horror collection. Happy watching :)

Marks : Team Production+1, Visual+1, Audio+1, Casting+1, Genre+1, Theme+1, Editing+0.5, Storyline+0.5, Social Message+0.5, Personal Thought+0.5 = 8/10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...