Saturday, 12 August 2017

Review Movie : Annabelle : The Creation

Annabelle yang pertama hambar kemain. Masuk yang kedua kau rasa nak lari jauh ke kalau olahan team yang sama jugak? Situ jugak. Hambar.

Sebenarnya tak nak tengok pun tapi dah orang belanja, join je lah. Tebus points dapat la dua ticket free.

RM0.00

Actually nak guna ticket free birthday special treat tapi untuk 3 movie je, Kau Yang Satu, Spiderman Homecoming & Baby Driver. Rasanya tengok Kau Yang Satu lagi best kot. Baby Driver dengan Spiderman tuan punya membercard dah tengok huhu

Image result for annabelle 2

Director : David Sandberg
Cast : Talitha Bateman, Miranda Otto, and Stephanie Sigman 
Rating : 3/10

Kalau sebelum ni layan movie Annabelle dari Conjuring lepastu membawa ke Annabelle The Movie, sekarang kita layan pulak The Creation yang terangkan tentang asal-usul Annabelle & macam mana kisah dia boleh jadi patung berpuaka. 

Plot movie ni tahun 1970-an yang mengisahkan tentang keluarga dollmaker, The Mullins. Okay, before that, movie ni semuanya fiksyen belaka which is which you guys takkan didedahkan kepada kisah sebenar Annabelle but hey come on, the real doll pun dah bercanggah teruk dengan yang dalam movie. Gigih tau James Wan buat Annabelle creepy habis walhal Annabelle yang sebenar comel je. 

Related image


Antara salah satu sebab menyampah tengok movie ni ialah sebab dah bercanggah jauh dah dengan cerita sebenar. Cuma satu je fakta dalam movie ni yang sama dengan kehidupan sebenar which is, Annabelle mati dalam kemalangan. So roh Annabelle masuk dalam anak patung kesayangan dia. 

Tapi dalam movie ni lepas kematian Annabelle, parents dia seru balik roh dia kemudian masuk ke dalam patung Annabelle tapi sayangnya tu bukan roh anak diorang sebaliknya roh syaitan jahat mana entah datang nak makan roh orang. Untuk tebus dosa diorang, diorang guna rumah gedabak diorang tu sebagai tempat perlindungan kepada 6 orang anak yatim padahal diorang dah tahu kalau ada orang baru masuk mesti curiosity level tinggi sana sini nak belek. Macam mana diorang boleh terfikir idea bodoh ni bagi orang masuk rumah diorang yang haunted tu & bahayakan nyawa orang lain & of course bahayakan nyawa diorang jugak. Yes they died in this movie. Bebudak tu dah lah sedih jadi anak yatim kena lawan pulak dengan hantu bunuh orang. Apakahhhh.

Dalam movie ni macam malas otak nak hadam bila budak perempuan semua ni gigih betul nak tengok hantu. Dah nampak hantu, dah tahu menakutkan pun still nak kacau lagi. Dia punya keberanian tu out of nowhere like apa benda kau ni? Hantu tak kacau tapi diorang yang gedik. So all the time I just said padan muka cepatlah habis. 

Image result for annabelle doll

Ada part boleh lah kau nak terkejut itu pun sebab sound system cinema, apart from that its such a tiresome journey. Mengantuk tak payah sembang lah. Bosan, mengantuk, penat & awfully cliche. Kalau download, boleh la letak setting video speed 1.5, cepat lah sikit habis. Tapi kalau tengok dekat cinema menangis lah kau kematu 2 jam tunggu nak habis. Kau tengok movie Raaz lagi seram dari Annabelle ni.

Movie Amytville : The Awakening macam not bad sebab diorang tak tahu rumah yang diorang duduk tu rumah berpuaka teruk. So lets see kalau menghiburkan ataupun cliche teruk macam Annabelle jugak.

8 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Annabelle dah keluar . Tengah cari masa yg sesuai nk gi tengok .

Mellya Musa said...

alaaaa tak best keeee? dah excited nak tengok ni huhuhu

timm bill said...

menangis hntu annabelle tu sbb xtakut lngsung tgk citernya..
cik timm blum lyan lgi, haha!
suka conjuring lagi kot..nnti Cik Timm tgk mana yg best, haha!

galaksi viral said...

Salam singgah. GV tak pernah tgk annabelle. jadi xdpt komen. tapi GV boleh syorkan kalu nak tgk drama seram yang betul2x seram, boleh tgk drama American Horror Story dari season 1 sampai season 7. Siyes mmg seram dan menakutkan. Ada ditayangkan di tv online iflix. satu lagi filem seram sampai skang tak berani tgk ialah semua siri filem Saw. mmg horror.

Nona Qiyah said...

Tak tengok pon,, kurang minat movie yg sambung sambung ni, .hmm...nga tunggu cite hantu thailand, tp xdak pulakkk~

Ok la.. mcm nak tengokkk Amytville....

Nmpk ok tuu, cpt review..

Lokman Hakim said...

Lokman dah tngok citer ne..lebih baik dari Annabelle 1

Mas_FVOME said...

Kitorg g tgk meriah..sume dlm panggung jerit sbb terkejut.Mula2 slow gak la cite dia..tp part terkejut2 tu best sbb dpt jerit rmai pstu ketawa 😂

Shahida Dzulkafli said...

Yup Raaz memang seram.. Anabelle sha tak tengok.. Tak berapa berkwnan tengok filem hantu mat salih.. Cam sama je.. Kikiki.. Takut terkejut pun iye juga.. Bunyi dia tu mengganggu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...