Thursday, 10 August 2017

Cabaran 25 Hari Blogging : Fashion Saya



Balik kembali ke cabaran ni. Entah bila lah nak habis. Asyik lupa je nak buat hahaha. 

Sembang pasal fashion, I ermmm tak lah ermmm pandai sangat nak berfashion tapi cita-cita nak jadi fashion designer tu ada. Pernah buat sketch book dah dulu. Masa sekolah dulu dah design memacam & mostly dah keluar dah dekat pasaran sekarang. Idea tu rupanya semua orang fikir dah cuma siapa yang realisasikan je benda tu. Kalau buat, dah famous dah sekarang hewhewhew

For me lah, I suka pakai maxi dress. Macam masa zaman belajar dulu suka lah sangat pakai kemeja dengan maxi dress apart from baju kurung. Sekarang pun pakai jugak tapi jarang sebab tangan membesar dengan jayanya. Tak muat dah nak sarung kemejaaaaa T.T






Kalau bukan maxi dress dengan kemeja pun, suka pakai kemeja/shirt dengan kain labuh. Jarang sangat nak pakai seluar sebab peha gemuk. Kalau pakai pun pakai palazo hewhewhew





Bab pemilihan baju selalunya nampak cantik je pakai. Tapi haruslah selesa & longgar sebab boleh cover perut buncit campur lemak peha yang tebal. But as long as it is simple & cantik. Tak suka heavy looks. Sebab rimas lahhhhh. Nak pilih baju nak pakai yang mana pun dah ambil masa lama tahu?

Most of my clothes kalau ada yang branded tu semua preloved items je sebab beli dekat carboot sales. Untung nasib ada la beberapa kali jumpa owner baju yang suka membeli tapi malas nak pakai. *sembang orang tapi diri sendiri pun sama*. Kalau beli sendiri pun beli dekat Pasarayaku & Sakan je. Asalkan cantik & selesa dah cukup dah. Branded sangat pun nak pergi mana. Masuk instagram dapat 50 likes jugak lewlz. 

Tapi kalau nak sembang pasal wardrobe memang gedabak sebabnya ayah dah ajar separate baju. Baju untuk pakai dekat rumah, baju pergi event & baju pergi jalan-jalan. Ayah okay, bukan mak. Soooo jadi banyak la baju tu. Pastu campur pulak kategori yang Iolls buat sendiri, baju saiz sekarang, baju yang sedang-sedang dengan baju nanti kurus baru pakai. Banyak kemain baju sampai patah almari. Ni bukan bergurau, ini serius. Almari patah beli baru tinggi sampai siling. Bahagia.

I own some accessories tapi jarang lah pakai sebab cepat rimas kejap lagi mula la menggaru sana sini sampai merah. Untung suami tak payah susah-susah taboq duit baq hangggg

For shoes I prefer wedges sebab manusia ketot tapi nak nampak tinggi jalan catwalk acah Tyra Banks uollsssss. *Pernah je tengah catwalk terpeleot buat malu je nasib pakwe ada tolong sambut* T.T


Handbag pulak suka yang gedabak nanti boleh sumbat macam-macam. Rimas tau handbag kecik rasa tak aman jiwa raga. Tapi sekarang suka beli yang branded sebab kualiti elok boleh tahan lama. I jarang tukar handbag tapi kalau beli make sure design tak ada yang sama untuk mengelakkan pembaziran. 

Okay, that's it. That was mine & so what's yours. Share lah sikittttt ;)

8 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Sha suka pakai blouse jenis kosong sebab suka pakai tudung or shawl bercorak.. Suka skirt dan palazo sebab sama.. Peha besar.. Kikiki.. Beg pun suka besar.. Boleh bubuh banyak barang..

Fieza Sani said...

BW here, dear..sama..cita2 dulu nak jadi fashion designer kononnya..walaupun tangan jenis tak berseni kalau melukis..haha

Siqah Hussin said...

Siqah pun sama jugak! Prefer pakai palazo atau skirt sebab tak nampak sangat peha besar. Hihi. Tak suka pakai seluar biasa. Kalau pakai jugak, baju mesti labuh, baru selesa :)

Tak minat aksesori jugak. Semak je rasa. The only aksesori yang pakai hanyalah cincin kahwin. Hihi.

Busyra Bt Takiyudin said...

cantik smua gmbar.. hehe. busyra suka pkai palazzoo..

Nona Qiyah said...

Whoa, sama, tak suka accessories bagai...........nnti g memana, time solat ke...apa ke..salu tertinggal, pernah jd mse raya rumah org jauh, habisss tinggal..huahuaa~leceh~

Cantik fashion, me too.peha gedabak..prefer pakai kain or dress, nampak lebih ayuu, and kt tmpt kje hari hari pakai suor, bohsan jugok kuo pakai suar lagi, hehehe~

Yes, wedges.... heels satu batng, memang x berani pakai... wedges pilihanku, tak caya, tgk entri raya Nona ritu, hehehe...wearing wedges makes more confident ! Gtewww, haiiih, pnjg psal fashion nihhh kan, ahahhaha~

Ana Suhana said...

Kak ana x sesuai pakai palazonsbb nmpk lg pendek. Hehe. Kak ana prefer casual style sbb senang nk sarung dan match. Mostly seluar dan blouse. Aksesori hanya jam sahaja. Hehe.

Liez Deariescouple said...

Fav pant mmg palazzo. Mmg suka sangat...klau baju lbh suka plain dan bright color..

Mrs Hazeera said...

gee pun sama!suka pakai skirt & kemeja..tak pun sarung jubah!sangat best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...