Monday, 7 August 2017

Bunga Sabun

Sabtu lepas, habis je waktu kerja terus lepak dekat Seoul Garden makan sushi sampai sengkak sebab dari haritu lagi kempunan nak makan. Ni semua gara-gara jawab soalan Sushi King habis terliur dibuatnya dan di saat ni terliur lagi balik. Aduhhhhh

Lepas habis makan, jalan-jalan dekat carboot sale Subest sebab dah lama tak menapak. Saja je jalan-jalan bukannya ada niat nak membeli pun. K tipu.

Masa tengah usha barang tu ternampak booth makcik pakcik ni jual pokok. Sebelum ni takde pun diorang berdua ni. *Nampak tak penyinggah tegar Carboot Sale Subest dekat situ :P*

Ingatkan diorang jual pokok hidup je rupanya makcik ni jual bunga sabun sekali. Bunga sabun makcik ni buat cantik sangat okay. Of course lah tergoda. Sebab warna dia matching with each other. Lepas tu kelopak ros dia wavy cantik pulak tu.


Ni bunga sejambak dalam pasu yang makcik tu gubah. Harga satu pasu ni RM15 je. 


Yang ni pulak makcik ni jual sekuntum. Satu kuntum RM 1.50 kalau yang mengembang kelopak beralun tu RM 2.50 tak silap. Tak fokus sangat harga sebab banyak jenis. 


Actually bunga sabun ni pewangi kereta ataupun bilik atau mana-mana tempat yang ada air-cond. Bila kena air-cond dia akan keluarkan bau wangi tapi tak kuat pun. Bau dia just nice je. Tapi kalau kau kipas guna tangan kau pun dia keluar bau jugak. Tak kipas pun keluar bau, kalau kipas? Semerbak baq hangggg.

Dah la cantik, wangi pulak tu. Makcik tu kata bau dia boleh tahan sampai setahun. Terus kucar-kacir beli sebab malas tau nak beli perfume dekat luar. Dua bulan pakai dah habis lepastu ada yang strong tu kemain strong yang tak bau langsung pun ada. Ye ye je kata tahan sampai 6 bulan. Grrr

Malam tu beli 2 bunga sabun dari makcik tu. Satu letak dalam kereta sebab kecil comel je. Actually makcik tu gubah bunga sabun ni untuk sample bunga telur tapi sebab muka Iolls yang teringin campur dengan mata bersinar nak sangat yang ni, dia pun jual la RM5. Yeayyyyy!

Dah siap gantung dalam kereta hewhewhew
Lagi satu beli yang dalam pasu RM15 tu sebab nak hadiahkan dekat my mom since its her birthday today. Dah selamat ada dalam bedroom dia dah pun. Dia suka sebab warna bunga ni cantik. Of course lah cantik, tengok lah siapa pilih. *Padahal ada sejambak ni je pun lewlz*


Bau yang sejambak tu memang kuat sikit tapi just nice je bila bau. Macam bau sabun buku, macam tu lah. Nanti rasa nak beli lagi satu nak letak dalam bilik sendiri. Bab bunga ni memang tak boleh tau uolls. Mudah betul tergoda. Nak pulak kalau yang cantik wangi macamni. Lagipun susah kot nak jumpa orang buat bunga sabun ni. Kalau ada pun belum tentu murah sebab harga yang makcik tu letak khas untuk Carboot Sales Subest je sebab harga tapak murah so boleh la dia jual murah :)

Anyway, happy birthday to my beloved umi, wishing her happiness and successful days ahead. Tak dapat nak celebrate macam tahun lepas since tahun ni jatuh hari kerja. Tapi tadi dah video call sambut sekali hewhew jadi lah daripada takde kan?

9 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

daripada sabun terus diukir menjadi sebntuk bunga.. menarik

Nazir Aziz said...

Memang comel bunga-bunga sabun ni, teringat dulu time viral bunga sabun habis sabun buku di borang sebab nak buat bunga. kikkiki, lepas ni mesti viral pakai straw pulok kannnnn.

ai said...

duku ada trend orang kawen bagi bunga sabun kan..

Zaleha Abdul Salam said...

Comel & wangi kan bunga sabun ni? teringat dulu-dulu ada trend ukir buat bunga guna sabun fruitale tu


Ada risiko anemia ketika hamil? Vitamin Tingkatkan Hb ini boleh membantu ikhtiar anda

Eeiou _ said...

When I was a kid, I used to watch my mom make bunga sabun. It looks hard tho.
Anyways, happy birthday to your mom. May be blessed aunt ❤

Cik Rose said...

Cantik-cantiklah bunga sabun ... Dah jarang jumpa dah.

Shahida Dzulkafli said...

Cantiknya.. Wangian macam nie memang beat.. Dah lah wangi, sedap mata memandang pula tu..

Siqah Hussin said...

Menariknya dan comel!! Mesti wangi je bau <3

Cik Nor said...

Bw pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...