Friday, 11 August 2017

Bos & Pensil

Bila kerja dekat site ni, antara waktu yang paling lengang ialah waktu nak dekat habis projek. Melangut je banyak. Sebab tu mampu update blog hari-hari. Ada audit nak datang pun rasanya tak busy beria sangat sebab filing semua dah cantik dah. 

So kalau stationery kau tak complete, kau bolayan je. Kalau awal projek dulu tiap minggu ada je nak order stationery. Minggu lepas ada meeting dengan pemaju. Project Director datang dari HQ turun ke site. Dengan PD ni semua orang gelupur sikit kalau dia datang. Mata mengantuk pun jadi segar dari tak ada kerja kemain macam lipas kudung buat kerja. 

Kau memang tak nak cari pasal dengan dia. Tak nak dan tak akan. 

Tapi nasib agak berbau busuk haritu bila dia datang nak pinjam pensil. As far that I remembered, ada dua batang pensil dalam stationery box tapi haritu boleh pulak ghaib dua2 batang tu. 

Berpeluh baq hang cari pensil sebab dia tunggu hang dengan renungan tajam. Fuhhh


'Macam mana you buat kerja kalau tak ada pensil?'

'I guna pen?'

'You jangan main-main, I seious ni!'

Main-main celah mana pulak. Jawapan habis jujur dah tu. Nak menangis rasa kena marah cenggitu. Berlari jugak la pergi kabin sebelah pinjam pensil. Nasib baik ada. Kalau tak, mau menapak ke kedai semata nak beli pensil. T.T


Sudahnya petang tu bergegas ke DIY semata cari pensil. Tak pernah dalam hidup kena marah dengan bos tau tup tup kena marah sebab pensil. Tak sure lah nak marah ke nak gelakkan diri sendiri. Hmmmm 


Korang pernah kena marah sebab benda kecil macam ni tak? Awkward rasa kan?

3 comments:

Cik Nor said...

Kerja kt site ke? Projek apa?hehe

Siti Yang Menaip said...

hehe kalo jadi cikgu.. stationery saangat penting =D

Shahida Dzulkafli said...

Adoi.. Kesian awak.. Bertabahlah ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...