Thursday, 31 August 2017

Kutip Duit Lebih Dengan HYPR

Buat blog ni kadang-kadang nak jugak merasa cash masuk poket. Baru terasa indah kehidupan, ye dak? Kalau dulu ada Nuffnang dengan AdSense je sebagai sumber tapi sekarang dah banyak platform baru untuk tambah duit. Latest, HYPR ni. 

Disebabkan platform baru, so HYPR tengah mencari social media influencer untuk jayakan promotion diorang. 


Nak join komuniti HYPR ni pun mudah je. Ada Facebook ataupun Twitter pun dah boleh join dah. Tak ada minima per view pun. Lebih kurang macam 8Share jugak. Share link, ada yang klik then kaching masuk! Senang kan?

Untuk mendaftar, klik je dekat SINI

Lepastu dah boleh view dah segala promo yang ada untuk korang share. Senang kan?! Happy sharing guys :D

Farah & Sifir

Back then in my childhood days, kalau tak hafal sifir boleh dikira kegagalan terbesar dalam hidup. Supposedly darjah 1 dah boleh hafal sampai sifir 12. Sebab darjah 1 dah start masuk sekolah rendah kot. Kalau gagap pun, darjah 3 dah kena lancar dah hafal sifir sebab subjek pendaraban Matematik start darjah 3 ke darjah 4? I don't remember tssskkk

Kalau tak hafal, haruslah kena rotan & tak boleh main dekat luar & even worse, tak boleh main game tengok Goku Sesame Streets Sailormoon bla bla bla you name it.

Since ada adik kecik dua orang ni still in primary haruslah tanya dah hafal sifir sampai mana. Dah lah pemalas memasing. Tak kenal erti rotan pulak tu. T.T

'Farah, dah hafal sifir sampai mana dah?'

'Dah sampai 10 dah'

'Baca sekarang sampai 10. Start dengan sifir 2'

She passed sifir 2 even terkebil-kebil baca sifir sebab out of blue kena tanya cenggitu.

'Okay, sifir 3 pulak'

'Ermmmm cikgu Farah ajar macam lain.'

'Dia ajar macam mana pulak'

'Ermmm dia ajar sifir 2, 5 dengan 10'


Patutlah dia kata dia dah hafal sampai sifir 10, dia punya langkau kemain cantik. But guess what, semua sifir pun dia tak hafal. T.T

Tuesday, 29 August 2017

MINI GIVEAWAY BY NADIA

Bendera Malaysia Dekat Site

Dah hujung-hujung projek ni memang banyak lah meeting dengan client. Client kitorang haruslah pihak TUDM Subang. Bila sembang dengan askar dekat-dekat nak Hari Merdeka ni, dia punya patriotik tu memang tinggi. 

Selalu kalau dekat sekolah dah nampak dah budak-budak sekolah pasang bendera, hias kelas tema Hari Kemerdekaan. Dekat kem ni pun dah banyak bendera kena pasang. Tapi yang cacatnya dekat site office ni satu pun tak ada. 

Haruslah kena bebel dengan askar. 

'Ni kenapa site office ni satu bendera Malaysia pun takde ni? *insert bebelan Hari Kemerdekaan*. At least pasang satu bendera pun dah boleh dah daripada kosong macam ni. Apa pun takde'

Okayyyy, nah satu bendera. 



Malas sebenarnya nak pasang banyak sebab dekat site ni dah wujud kera. Kalau jenis behave takpe, ni jenis suka buat onar lepastu degil. Bab melawan no 1. Datang bukan seekor dua je, kadang sampai 5,6 ekor. Habis bersepah office sebab diorang. Kucing pun dah tak berani nak datang sini. 


So, letak je satu ni. Kalau kena koyak tak rasa rugi sangat hewhewhew

Korang dah start buat decorate dah ikut tema Hari Kebangsaan? Ke ada yang tengah sibuk tempah baju anak-anak nak pakai nanti? Anyway, Happy National Day to Malaysians & yang paling penting selamat bercuti :D

Monday, 28 August 2017

Nom Nom Nom : McFlurry D-24 & Burger Syok!

Dari haritu lagi nak makan durian tapi tak dapat lagi sudahnya pergi McD hilangkan kempunan beli McFlurry D24 yang tengah hot dekat socmed sekarang ni. Order sekali Burger Syok sebab saja nak try menu baru. Nak order pie pulut hitam tapi malas. Nanti je lah. Not in the mood to eat some pie.


K tipu, sebenarnya duit tak cukup nak beli banyak kemain.


Kalau tengok dekat box Burger Syok tu dia tulis pasal paha ayam empuk dimasak rangup, sos pedas unik & keenakan salad segar. Tapi bila bukak dalam, salad satu hiris mintak penampar, carrot je  dia taruk banyak. Sos tak pedas lepastu masam kemain rasanya tu kot yang unik dia. Dia letak limau kot. Mampu makan half je, lagi half tolak dekat adik sebab hmmmm

Image result for burger syok mcd
Expectation
Reality
Paha ayam dia memang empuk tapi tak rangup. Burger Syok ni tak syok pun makan sebab tengah sedap kunyah roti dengan ayam dia boleh pulak potong line bila makan sos dia yang masam tu. & yang paling kecewa sekali bila dia kata burger ni pedas tapi hmmm hambarnya. Letak sos cili pun still tak pedas. My expectation sama level pedas dengan ayam goreng rangup tapi dia pergi 20% je. 

Burger Syok ni ala carte RM12.90, combo RM15.99. Saiz burger ni kecik, kalau taknak frust teruk sangat, jangan beli. Dia punya saiz tu macam Burger Prosperity bahagi dua. Kira macam anak Prosperity yang try hard nak menonjol. 

Anddddd, here it is, the McFlurry D24 yang hambar rasa macam durian tompok2 je. 


Sudahnya beli durian dekat luar McD tu makan sampai kenyang. Lagi berbaloi dari beli McFluury sampai 8 hengget tapi rasa durian tu dia dekat tapi jauh.


Lepas try McFlurry D24 ni baru faham kenapa orang kata macam rasa keropok durian ni. Memang lah rasa durian tapi bila makan McFlurry, teringat dengan keropok ni tapi keropok ni lagi power lah.

Related image

Wedding Shahrin

Hari Ahad hari pergi kenduri so semalam pergi kenduri dekat Kem Perdana Sungai Besi. Kenduri kawan masa sekolah rendah. Kawan masa first time masuk asrama dekat SMKBTS. Tapi seminggu je lah sebab lepastu dia pindah masuk MRSM Kem Terendak.

Lepastu dah tak pernah contact dah sebab memasing busy. & semalam baru jumpa balik. Muka dari kecik sampai ke besar sama je tak berubah. Kecik cenonit comel macamtu jugak.

Sekarang dah jadi bini orang & soon jadi mak orang. How time flies. Many congrats to you dear Shahrin. Semoga perkahwinan diberkati & bahagia sampai syurga gittew.


Pelamin cantik kemain :D

Masa otw ke dewan ni, rasa rindu pulak bila pergi balik ke tempat membesar. Sekolah semua sama je tak berubah macam dulu. Rumah pun ada lagi tapi ada yang dah kena roboh. Teringat zaman kecik-kecik dulu membesar dekat Kem Sungai Besi ni. Rindu sampai nak menangis. 

Next time lah sembang pasal ni. Nanti berjela pulak dekat sini. Huhu

Thursday, 24 August 2017

Kelebihan Rakyat Selangor

Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh MB Azmin Ali dibawah parti pembangkang memberi inisiatif & bantuan kepada rakyat Selangor. Actually ramai lagi yang tak tahu tentang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Jom check mana tahu ada yang korang boleh apply :)

1. Bantuan kelahiran TAWAS - Tabung Warisan Anak Selangor


Untuk kelahiran baru, ada bantuan kepada bayi sebanyak RM1,500. Parents digalakkan mendaftar keahlian anak sebelum berusia 3 tahun & untuk ahli TAWAS yang meninggal sebelum berusia 18 tahun, Kerajaan Negeri memberi RM1,500 kepada waris ahli untuk meringankan beban keluarga. 

2. Bantuan Yuran TASKA Setiap Bulan - Si Kembar


Bagi keluarga yang berpendapatan RM2,500 yang mempunyai tanggungan anak seramai 1 orang ataupun berpendapatan RM3,000 yang mempunyai tanggungan anak seramai 2 orang, layak menerima bantuan yuran taska RM100 setiap bulan di seluruh negeri Selangor.

3. Bantuan Pra-Sekolah TUNAS

 

Dah dapat masuk taska, kerajaan Selangor bantu pula dengan bantuan yuran RM50 setiap bulan untuk keluarga yang berpendapatan RM1,500 ke bawah. 

4. Bantuan mahasiswa IPT - Hadiah Pengajian IPT


Bantuan RM1,000 diberikan sebagai hadiah dari Kerajaan Negeri Selangor kepada setiap mahasiswa yang layak melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi tak kira awam mahupun swasta dalam bidang diploma mahupun ijazah. Bantuan ini layak dimohon oleh keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. 

5. Skim Pinjaman Pelajaran dan Peduli Siswa - Tabung Kumpulan Wang Siswa Negeri Selangor


TKWBNS ni ditubuhkan berpandukan Enakmen 4 tahun 1949 (Pindaan 2001) untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada anak Selangor dan penjawat awam negeri Selangor. Ada 7 kategori pinjaman yang ditawarkan. Try check mana tahu layak :)

6. Skim Kematian untuk Warga Emas & OKU - Skim Mesra Usia Emas (SMUE)


Skim ni menawarkan sumbangan khairat kematian sebanyak RM2,500 kepada ahli berdaftar yang boleh dituntut di Pejabat DUN kawasan tersebut. Skim ni dilancarkan pada bulan Mac 2017 & seramai 265,797 rakyat negeri Selangor & juga rakyat WPKL mendaftarkan diri menjadi ahli. 

7. 20meter padu air percuma setiap bulan - Inisiatif Peduli Rakyat #SmartSelangor 


Yang ni dah ramai yang sedia maklum negeri Selangor memang provide 20mp air percuma untuk membantu mengurangkan bebanan tanggungan rakyat negeri Selangor sejak tahun 2010 lagi. 

8. Pinjaman Mikro Kredit Tanpa Faedah Sehingga RM50,000 - Hijrah Selangor


Program ni dilancarkan pada 2015 untuk menggalakkan lagi rakyat kelas pertengahan di negeri Selangor menjadi usahawan so program ni dapat membantu dari segi pengeluaran modal yang mudah, cepat & tidak membebankan peniaga & penjaja kecil di Selangor. Berita baik kepada mahasiswa yang ingin memulakan bisnes untuk jana pendapatan tambahan, tak lama lagi Hijrah akan menawarkan bantual modal kepada mahasiswa! 

9. Insentif Perkahwinan RM500 seorang - PIPB


Insentif perkahwinan ni diberikan kepada rakyat negeri Selangor ataupun yang bermastautin selama 10 tahun yang bakal mendirikan rumahtangga sebanyak RM500 seorang. Perkahwinan kali pertama ye, bukan kahwin 2,3,4 bini. 

10. Pemeriksaan Mammogram Percuma - IPR


Pemeriksaan percuma ni merupakan skim ke-6 dalam Inisiatif Peduli Rakyat kepada semua wanita yang berumur 35 tahun ke atas. Skim ni bertujuan untuk memberi penjagaan kepada wanita di Selangor.

11. Tuisyen SPM Percuma - Pusat Tuisyen Rakyat SPM


Tuisyen ni khas kepada pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun tersebut & merupakan salah satu bantuan yang diberikan dalam Inisiatif Peduli Rakyat. Antara matapelajaran yang ditawarkan adalah subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sejarah.

12. Kad Kesihatan Bernilai RM500 & RM200 - Skim Peduli Sihat

pseudi Image
Kad kesihatan ni diberikan percuma untuk rakyat negeri Selangor yang layak macam kriteria dinyatakan dalam gambar atas tu. Pendaftaran ni boleh dibuat online ataupun secara manual & kad kesihatan ni boleh digunakan di mana-mana klinik panel negeri Selangor. Mana nak check senarai klinik panel? Dekat laman web tu semua dah lengkap dah & mungkin akan ditambah lagi. :)


13.Program Bantuan Makanan Bulanan (Food Stamp) - IPR


Program ni bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mendapatkan bekalan makanan secukupnya terutama bagi keluarga yang mempunyai tanggungan yang ramai. 

14. Khidmat Bas Selangorku PERCUMA - IPR


Selalu dengar kan Bas Smart Selangor warna oren tu? Haaa yang ni la antara salah satu inisiatif Kerajaan Selangor kepada rakyat Selangor. Tujuan utama program ni untuk membantu meringakan beban golongan berpendapatan rendah disamping menggalakkan orang awam menaiki pengangkutan awam & mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian untuk elakkan pencemaran & kesesakan di kawasan tersebut. 24 September nanti, bas yang ke-100 akan dilancarkan & dua lagi laluan baru akan dibuka. 

15. Perkhidmatan Wifi Selangorku PERCUMA - IPR


Program ni untuk memberikan perkhidmatan internet secara percuma kepada semua rakyat negeri Selangor & pemasangan hotspot dilakukan di kawasan tumpuan orang ramai, kawasan luar bandar, kawasan tumpuan para pelajar & juga kawasan kampung. Pemasangan hotspot ni dijalankan secara berperingkat & akan ditambah dari semasa ke semasa. 

16. Skim Rumah Selangorku - IPR 


Untuk warga Selangor yang berumur 18 tahun ke atas, mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan & ingin memiliki rumah sendiri bernilai RM250,000 ke bawah, boleh lah mendaftar dalam skim perumahan Selangorku ni. 

17. Bantuan Kesihatan Selangor, RM 5000 - SihatSelangor



Antara bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Selangor adalah khidmat dialisis buah pinggang, katarak mata, bantuan kaki palsu, pembedahan kecil yang dijalankan di hospital kerajaan dan juga bantuan rawatan kesihatan & permohonan lain yang dijalankan di hospital kerajaan. 

18. Program Dana Usahawan Mikro Selangor - Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

19. Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Selangor : Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan -  Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

20. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin : Bantuan bina baru bagi rumah yang daif - Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

21. Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur Negeri Selangor -  Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Selangor

22. Insentif Bantuan Haji kepada bakal Haji: RM 500 -  Hubungi Pejabat Adun atau MBI Selangor

23. Bantuan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri dan Swasta bernilai sehingga RM 50, 000 - Hubungi Pejabat Adun 

24. Program Bantuan "Back To School" -  Hubungi Pejabat Adun 

25. Program Bantuan Baucer "Jom Shopping Perayaan": RM 100 - Hubungi Pejabat Adun 


Ni antara skim bantuan yang dilancarkan oleh Kerajaan Selangor, kepada yang layak boleh lah layari laman web Inisiatif Peduli Rakyat ni & sebarkan kepada warga Selangor yang lain. :)


Tuesday, 22 August 2017

Letak/Tukar Album Cover Mp3

Bila ada folder lagu besar gedabak, nak cari lagu yang kita nak dengar pun serabut bila semua sepesen je tak ada album cover macam ni.

Kadang tu ada yang ada album cover tapi ada muka entah siapa entah diorang letak.



Ataupun ada cover tapi ada watermark gedabak cenggini.



So harini nak ajar macam mana nak tukar dari kosong & cover hambar macam kat atas kepada yang ni. 


Okay, let's start

1. Open Windows Media Player

2. Tekan 4 box simbol 'Switch To Library' tu


But first, kalau nak tukar cover album lagu tersebut, jangan play & change at the same time. Kalau tak, dia taknak co-operate with you.



3. Open browser image > search nama lagu & penyanyi > right click > pilih copy image

*advisable untuk ambil cover album 300x300. Kalau saiz kecil dari ni, confirm tak cantik*


4. Then pergi balik dekat Windows Media Player > right click > pilih paste album art



Dah siap! Cepat je dah bertukar macam image yang kita nak. Tapi nampak tak details lagu tu caca marba? So, tekan right click, pilih edit & masukkan info lagu tu. Nama album, nama penyanyi, genre & tahun lagu tu release. 

So, dah siap edit, jadi lah kemas macam ni. Kejap je dah siap dah. 


Untuk yang dalam border tu pun edit jugak lah kalau rajin sebab bahagian tu selalu keluar dekat playlist masa kita play lagu tu nanti. 

Okay dah, tu je tutorial untuk hari ni. Dulu sebelum tahu nak tukar ni, guna service online macam page imgaid.com tapi leceh sebab lambat satu hal, banyak steps kena buat satu hal. Kadang tu dah siap edit, error download pulak. Hmmmm k.

Tapi kalau yang malas nak edit album cover ni, you guys pergi je dekat freemusic untuk lagu omputeh & cherrymusic untuk lagu hindustan. Lagu melayu lah paling sedih sebab susah nak jumpa album cover. T.T

Okay dah, tu je untuk hari ni. Nak pergi blogwalking pulak. Bye guys :)

Monday, 21 August 2017

Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist



Antara sebab kenapa nak masuk bloglist Airah Syahirah :

1. Airah dah kobar nak blogwalking dekat sini kalau masuk dalam bloglist ni. Haruslah happy bila ada pembaca baru

2. Sebab blog ni baru & memerlukan pengunjung yang rajin seperti Airah. Ye, yang ni membodek.

3. Sebab dah nak raya ni, moh le kita berbuat kebaikan & menambahkan kemesraan gittew. ;)


Nom Nom Nom : Spicy Korean Burger McDonalds

Tak pernah teringin pun nak rasa SKB ni sebab bun dia hitam. Kalau hitam legam warna arang boleh terima lagi tapi warna kelabu berkulat. Hmmmm

Kawan-kawan pun ramai yang kata biasa je rasa dia, pedas pun tak terasa sangat lagi lah rasa macam tak teringin pun nak makan nak pulak masa scroll Twitter ada yang kabo Fanta tu gagal, fries cut tu pun gagal. Dia prefer ambil ala-carte & kebetulan pulak 2 item ni sold out haritu so share dengan Baeyoung je side dish & drink. 

Oh I tried this one because of his recommendation & dia yang belanja so I don't have to regret much if anything happen hewhewhew

*suka makan dengan dia sebab dia tukang perabih so tak wujud istilah rugi ataupun baziaq*

Soooooo, here it is. 

A closer look :

Jangan la tanya kenapa ada seketul bijan dekat permukaan bun tu. 

Rasa burger ni sedap je, pedas pun umpphhh la tapi Baeyoung kata masa dia try dulu tak la sepedas yang ni so I guess its depends on the franchise? 

Tapi tak mampu pun nak habiskan burger ni sebab warna dia ya tuhannnn. Unacceptable. Bila nak masuk mulut je pandang tempat lain. Tak sanggup nak tengok burger tu sebab geli dengan warna dia. 

Penat jugak lah setiap kali nak makan kena convincekan tekak yang tu burger sedap bukannya burger berkulat tapi half je mampu. Bila kepala mula pening, tekak pun dah loya suruh dia je habiskan. Kenot go baq hanggggg. 

Dalam burger ni takde yang special pun cuma dia pedas aras tinggi macam ayam goreng rangup tu. Agak terjongket kening jugak lah bila harga dia exceed RM10 sebab presentation pun hambar. Tak nampak meriah pun. Saiz pun biasa je. Rasa dia pun replaceable sebab rasa dia seakan sama dengan burger yang lain cuma beza dia kepedasan tu je. Itu pun kalau kau nak pedas, tambah je lah sos cili. 

But all in all, rasa dia sedap cuma tu lah, warna dia tu menggagalkan seluruh jiwa raga. Siapa yang tak kisah, happy je lah makan burger ni. Bagi yang senasib dengan Iolls, better cancel your plan to taste this. Nasib tak muntah balik je haritu. T.T

Sunday, 20 August 2017

Status Di Whatsapp Web

Kalau dekat office malas nak belek phone sangat so lagi suka guna Whatsapp Web tengah buat kerja kalau ada whatsapp dari HQ office ataupun dari officemates senang nak check. Open tab je. 

Lagi satu yang bestnya bila guna Whatsapp Web, tak payah gigih download gambar. Kalau ada officemate yang post gambar dekat site, tak payah dah nak download sebab dekat Whatsapp Web automatic terus nampak. Tak kacau memory phone sebab kalau masuk gambar site tu mau berpuluh sehari.Tu belum kalau join group family. Pesen mak-mak kan suka hantar gambar ucapan tu allahuuuuu boleh jammed phone T.T

Tapi pagi ni rasa happy kemain bila nampak Whatsapp Web dah ada features baru! Sekarang ni kita dah boleh tengok status Whatsapp dekat Whatsapp Web yeayyy! 

Position Status dekat sebelah Chats

Status page di Whatsapp Web

Lagi best bila kita boleh tekan previous/next sebab dekat phone tak ada. Kalau nak tengok post yang dekat tengah-tengah, mau kematu tunggu dia bergerak. Kalau bawah 2 post boleh lah, kalau 12 dia update? Perggghhh kematu baq hangggg.


Tapi yang tak bestnya, kita tak boleh update status dari Whatsapp Web. Kena dari phone jugak & kita tak boleh tengok siapa yang usha status kita :(


Tapi nanti Whatsapp team update lah kot tu. Tengah tunggu Whatsapp ada filter macam Snapchat ni. Penuh la selfie nanti hahahahha kbai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...