Friday, 28 July 2017

Masker & Scrub Beras Kunyit

Kalau beli beras dekat rumah ni memang berkurun lah nak habisnya sebab berdua je dengan adik. Kadang makan luar. So beras dekat rumah tu dah keluar kutu beras. Bila dah jadi macam tu, nak buang sayang, nak makan tak lalu. Makanya kita buat masker ataupun scrub badan je lah.

Dari zaman sekolah lagi mak suka buat scrub beras kunyit ni. Mandi guna scrub ni memang best. Habis tanggal segala daki dekat badan tu. Bila duduk rumah tengok tv tak buat apa, letak dekat muka jadi masker sebab muka jenis berminyak. Terkawal lah sikit pengeluaran minyak tu bila ada masker ni. Jerawat pun tak lah tersemai macam kebun.

Tapi haritu masa scroll dekat Twitter nampak ada post pasal masker dari minyak zaitun, yogurt & lemon.

Tiba-tiba rasa nak tambah dalam masker beras kunyit ni.

Bahan-bahan masker/scrub :

- Beras
- Kunyit hidup/Kunyit serbuk ( Prefer kunyit hidup sebab organik)
- Lemon (1/2 je sebab kalau kulit muka sensitif the effect will turn out bad)
- Yogurt asli
- Minyak Zaitun


*Kuantiti bahan ni ikut sukatan masing-masing sebab tak pernah pulak measure cuma lemon tu je la pada kadaran minima :)

Cara-cara :

1) Rendam beras dengan kunyit semalaman. Lagi lama lagi bagus sebab beras akan rapuh tapi kena rajin tukar air kalau tak dia berbau. Kang korang pulak muntah bila guna masker tu.

2) Bila dah rendam, masukkan semua bahan dalam blender. You guys dah tak perlukan air sebab minyak zaitun dengan air perahan lemon tu dah mampu nak cover semua beras ni.

3) Dah habis blend, dah boleh pakai lah. Tu je pun. Sebagai manusia pemalas, satu bekas ni boleh lah tahan 2 minggu dalam freezer.


Bila pakai yang ni yang syoknya kulit muka gebu je sebab fungsi yogurt tu nak lembutkan muka & buat muka berseri. Lemon tanggalkan kulit mati & daki. Minyak zaitun pulak tugas dia penting jugak sebagai pembersih muka. Nak kesan power, basuh dengan air suam.

Lepas bilas, rasa nak pegang muka selalu je sebab muka lembut gebu je. Nanti nak mandi dengan scrub ni pulak. Jerawat pun dah kurang menyala. Bila makeup memang tak nampak sangat dah macam dulu. Baru seminggu pakai dah happy. Harap boleh hilangkan terus parut jerawat ni.


p/s : Kalau pakai masker ni jangan pakai lama sangat kang muka kuning kemain orang ingat sakit kronik pulak ;P

5 comments:

Shaidatul Aireen said...

thanks for sharing sis! kena biasakan diri untuk cuba benda2 macamnie hikhik

nini said...

Dapat bayangkan sejuk je muka letak yogurt tu =)

Shafyqah Azry said...

nice sharing! singgah sini. done follow dan add awak kat bloglist kita :) https://shafyqahazahar.blogspot.my/

Anonymous said...

Pakai ni untuk berapa lama.

farhanna jafri said...

@Shaidatul : Sekarang cari yang organic/natural remedies je. Takut dah nak pakai product kimia

@nini : Sangattt! :D

@Shafyqah : Thanks awak! :D

@anon : Paling sekejap, 10 minit. Kalau nak lama2 pun boleh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...