Monday, 24 July 2017

Streed Food Festival, Sungai Besar

Minggu lepas masa scroll down post dekat Facebook, nampak sponsored post ada Street Food Festival di Sungai Besar bermula tarikh 23 Julai hingga 30 Julai 2017. Masa tu terangkat jugak lah kening sebab 22hb balik Sabak so ada masa lah nak menyinggah lagipun bila lagi kan nak merasa masakan Thailand. Selama ni dengar orang menyembang je, kali ni kita pulak nak try.

Happy teruk sebab I love tomyam so much! Nyummmmm

Lepas Maghrib pergi dengan beradik satu kereta. Actually nak pergi siang tapi ada wedding lepastu tersyahid sekejap sampai petang. Hewhewhew

Disebabkan ada perkataan festival, we all thought satu stadium la diorang guna macam Festival MAHA haritu tapi dia guna sikit je. Tak meriah sangat pun. Biasa je. Selalunya dari jauh dah nampak dah spotlight sana sini props semua. But this one hambar sikit. Mungkin sebab kitorang pergi hari pertama so banyak lagi diorang tak setup. Saving for the last maybe. Idk but here I am!

Ni gate belakang so hambar sikit

Street Food Festival in my mind festival ni mesti lah banyak makanan kan tapi tak pun. Booth makanan ada lah dalam 20 booth. Lagi banyak booth pakaian, makeup and other accessories and gadgets. Quite disappointed jugak lah.

Sebelum decide nak beli kita buat tawaf dulu lah macam biasa.

Mostly  booth mesti lah banyak makanan Thai macam tomyam, songtam, miangkham, dim sum, lots of kerabu & sosej. Aiskrim goncang, aiskrim kelapa dengan mango shake pun ada.

Gerai tomyam mostly ada periuk besar tomyam & sup
Dim Sum
Kambing Bakar
Ketam goreng. Pulut mangga & pulut durian



Booth aiskrim gulung paling ramai yang beratur sekali sebab susah kan nak jumpa. Tup tup jumpa pulak kat sini. So join lah beratur sekali sebab dah lama nak try makan. Tunggu punya tunggu tak sampai jugak turn. Bukan tak sampai, tak bergerak pun!

Rupanya abe2 tu nak siapkan satu cup aiskrim gulung pun tak mampu sebab aiskrim asyik hancur. Kesian diorang & kesian kitorang yang tunggu. Muka diorang merah tak payah cakap lah. Penat dah buat tapi tak menjadi. So I just cancelled my order and buy takoyaki instead. RM 10


Sedih jugak lah bila makan takoyaki ni rasa hangit sikit & rasa tepung je lebih. Tapi dah bayar kan, makan je lah sampai habis. T.T




5 kali pusing tapi still tak tahu nak beli apa so decide lah nak beli Maggie Tomyam ni sebab ramai sangat yang kemaruk dengan mi segera ni. Dah la mahal nokharom sampai RM8. Masa tu fikir nak try sebab curious jugak apa yang diorang kemaruk sangat. Bila dah makan terus decide tak perlu lah kita ikut jalan yang orang ramai pergi sebab tak semestinya jalan tu untuk kita. T.T


Sebab lapar sangat tawaf dekat situ try lah beli satay kebab diorang bakar ni. Nampak sedap tapi bila rasa entah lah. Tawar setawar hati yang remuk dengan kawan yang suka bagi janji manis. 


Sosej dia pun sama tawar. Habis RM15 untuk makanan tawar. Idk lah dekat Thailand sana sama jugak ke tak rasa dia dengan yang dekat Street Food Festival ni, tapi kalau sama, takpe lah tak hamak pulak rasa nak pergi Thailand. I kenot survive uolls. 


Jalan sikit nampak lah booth songtam. Nak jugak lah beli sebab one of my fav tapi bila tengok harga terus cancel. Harga songtam biasa, RM5 tapi dekat sini naik sampai RM7. Kuantiti dia sikit je guys. Lagi sikit dari yang dekat kedai tu. Nampak Miangkham ni lagi lah tak rasa nak try sebab takut duit terbakar dengan jayanya. 


Dekat SFF ni tersangatlah panas sebab haba dari semua booth ni. Tak tahu lah macam mana diorang bertahan. Rasanya siapa yang nak bakar lemak tu boleh lah datang sini sebab tawaf kat situ dah berpeluh teruk. No wonder lah ramai yang jual kipas. Panas sangat rupanya. Kesian dekat budak-budak & babies lah. Menyala je muka. 

Nampak tak jarak booth dengan tempat makan macam mana? Ye, dekat situ lah orang nak jejak kasih, dekat situ lah orang nak terpacak depan booth fikir nak makan apa, dekat situ lah nak buat congak cukup ke tak duit nak beli. Budak-budak meragam tak payah cakap lah. Memang lemas kalau peak hour. Masa kitorang pergi ni tak berapa ramai sangat. 

Dekat sini tak banyak gerai jual air biasa. Remember air teh hijau Thailand tu? Ada satu gerai je. So memang pack lah. Tak beli sebab nampak macam hambar je warna tak macam selalu jual dekat luar. 

All in all memang disappointed gila dengan SFF ni. Supposedly festival haruslah meriah & banyak choice tapi dia punya susunan booth, harga makanan & ketawaran makanan tu semuanya menghampakan. Takde yang sedap pun. Better pergi beli dekat kedai biasa je. Tak pun masak sendiri je lah korang. Hewhewhew

Sunday, 23 July 2017

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17-27 JULAI 2017



JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk BEAUTILICIOUS GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Pemeriksaan Tulang Anlene

Jalan-jalan dekat Giant cari salad, terjumpa booth Anlene buat pemeriksaan tulang. Selama ni tak pernah lagi jumpa pemeriksaan tulang. At first macam taknak sebab takut kena jarum. Bukan macam lagi dah, memang taknak pun. Tapi nak tu pun sama tinggi jugak dengan tak nak.


End up, tanya dia ada injection tak untuk periksa. Thank God tak ada, terus laju je isi borang hewhewhew

Masa kitorang try ni tak ada orang yang layan booth ni tau so tak la rasa malu sangat masa buat pemeriksaan. Sebab kena ukur lilit pinggang. Malu lah abang tu tengok perut buncit. Nasib abang tu faham sekarang tengah raya. Nasib tengah raya so boleh cover. T.T

Lepas ukur lilit pinggang kena buat hand stretch pergi belakang. Kena tarik sampai tahap mana yang boleh so abang tu ukur berapa jauh boleh pergi. Sebagai manusia yang mengamalkan yoga biskut chipsmore kejap ada, kejap tak ada, of course lah boleh pergi jauh. ;)

Lepas check ukur lilit pinggang & fleksibiliti tangan, pergi buat pemeriksaan tulang guna mesin ni.




Sebelum letak kaki dekat mesin tu, dia spray air sikit entah untuk apa lupa pulak nak tanya. Tapi rasanya bukan air biasa sebab kaki rasa berangin sikit. Letak kejap je lepastu mesin tu dah boleh detect dah. Lepas dah settle baru lah kita sembang pasal tulang & ni result yang doktor tu dapat.

By the result so far semua okay je. Tulang power lagi tapi tang ukur lilit pinggang tu kena kurangkan sampai bawah 80cm. Nampak tak gigih tau dia bulat berisiko tu. Huhuhuhu tengah berusaha lah ni. Raya khennnnn.



Lepas habis sesi penerangan tu test minum susu Anlene Dwiaksi. Ada dua flavor original & chocolate. Disebabkan tekak boleh terima, beli 2 pek sebab promotion. Rasanya habis yang ni habis la kot. Malas beli dah sebab malas membancuh memasing. Hewhewhew.


Dia punya malas tu sampai sekarang tak bancuh lagi. Huhuhu

Saturday, 22 July 2017

Pasu Dari Botol Air Mineral

Minggu lepas pergi pasar tani nak beli baja untuk tanaman di rumah. Masa belek baja, ternampak pasu tanaman pakcik tu guna botol minyak je yang 5kg tu. Terus tanya dia macam mana dia buat pasu tu sebab pokok dia naik cantik elok je.

Balik rumah terus buat projek sebab dah lama simpan botol air mineral ni tapi tak tahu nak buat apa. Nak buang sayang. Thank god dapat jugak guna. Dah lah senang sangat nak buat.

Barang yang diperlukan :

- Botol
- Pisau
- Tali mop
- Tanah
- Air
- Baja
- Kudrat tenaga

Cara-cara :

1. Cut them in half. Tapi biar bahagian bawah tu lebih sikit dari atas.


2. Ambil tali mop sebagai penyerap air. I use two and then buat simpul supaya dia block tanah daripada jatuh ke bawah. Tali biar panjang sampai ke bawah supaya boleh serap air.



3. Isi air & baja untuk bahagian bawah.

4. Isi tanah & tanam lah apa benih yang nak disemai. Untuk pasu botol ni actually tak ada benih pun. Semua dah disemai elok dah. Ternampak daun pandan terus grab masuk dalam pasu. Cun jugak tanam pandan. Boleh lah wangikan dapur. Hewhewhew


Okay we're done! Tu je steps dia. Tak susah kan. It took me just 15 minutes. Untuk orang yang acah busy macam I this is the best pasu sebab tak payah siram hari-hari. Nanti air dah nak habis baru refill. Seminggu pun tahan.

Cuma jangan letak pasu ni jauh sangat dari matahari ataupun kawasan lembab sebab nanti berlumut. Nak nampak cantik lagi pasu tu, cat lah ataupun hias ikut kreativiti masing-masing. Good luck!

Nom Nom Nom : Set Ayam Limau Berapi Texas Chicken


Haritu lepas habis shopping barang dapur dekat Giant Star Avenue, ternampak poster Ayam Limau Berapi ni. Nampak macam best & onion ring dia pun macam sedap campur dapat free sampul raya. Walaupun raya dah hujung tapi sampul raya dia cantik okay. Boleh kata, nak beli set Limau Berapi sebab sampul raya cantik.

Image result for ayam berapi texas chicken

Image result for ayam berapi texas chicken

I ordered for one set Limau Berapi & Wrap Tex sebab selalu promote dekat adik Wrap Tex ni sedap lah besar lah puas lah makan bla bla bla sampai dia terliur nak makan. Bila dah habis bayar, tanya cashier tu mana sampul raya because that's the ultimate reason why we choose to eat at Texas. 

Dan dia dengan jayanya kata sampul raya dah habis. Mehhhhhhh kalau dah habis letak lah dekat poster tu sold out. Menghancurkan harapan betul diorang ni. Kecewa tu tak payah cakap tahap mana. Rabak!


Kecewa jugak bila tengok saiz Wrap Tex. Dah semakin berkurang saiz dia ye. Bila makan lagi lah hambar teruk. Kalau dulu kemain meriah dekat dalam macam pesta, sekarang hambar lah. 

Set Limau Berapi ni satu hal. Memang berapi, hati panas berapi. Onion ring dia tak sedap langsung. Ayam dia kalau korang nak makan set ni jangan makan kulit sebab masam kemain dia tabur semua rasa masam tu dekat kulit. Nak telan pun tak sanggup. Nasib lah isi ayam dia okay & memang pedas berapi. 

Lepasni dah malas rasanya nak jejak Texas Chicken sebab Wrap Tex dah terkorban. KFC wayyyyyyy better lah. Sorry Texas. 

Tuesday, 18 July 2017

Request Zinger Double Down Dekat KFC

Sekarang dah heboh pasal Zinger Double Down kan? Ramai jugak yang jatuh hati sampai lupa sebentar dekat Ayam Goreng McD. Actually ramai jugak yang tak perasan ZDD ni pernah wujud zaman 2012 dulu.

Masa tu jadi cashier KFC so hari-hari tapau ZDD balik rumah lepas kerja. Memang bahagia sangat hari-hari makan ZDD sampai badan berat 54kg naik sampai 60kg. Huhu I cried. T.T

Masa tu kerja jadi cashier sebulan je pun. Zahabedah naik kemain banyak lepastu sekarang mana reti turun balik dah. Sedih kan? I know. Yang buat lagi bahagia sebab masa tu ada Krushers sekali. Angkat tangan kalau ingat. Both products are the best combinations ever existed at KFC. Tapi tu lah, dulu-dulu dah habis bro.

Disebabkan rindu dengan ZDD & Krushers lepastu ramai pulak yang mengemis di Twitter so try la mengemis jugak dengan KFC. Mana lah tahu berjaya macam Akim haritu kan, rezeki kan mana nak nampak.

Masa tu beratus jugak yang RT tapi yang menyedihkan KFC langsung tak pandang. Paling sebal sekali, ada yang tweet 'Hahahhaa KFC tak reply pun' T.T

Tak sangka lepas berbulan, dapat jugak reply dari KFC and yang paling best sekali siap letak video ZDD lagi. Tapi ZDD je lah yang buat comeback itu pun limited time je. Krushers batang hidung pun tak nampak. Sedih sikit tapi okay lah ada ZDD. Terubat lah sikit rindu lepas bertahun tunggu.


Sekian lamaaaaaa berpisah, akhirnya bertemuuuuuuu. Memendam rasa, memendam rinduuuuu.



Ramai yang puji sedap. Heh, biasa lah antara salah satu product power KFC kot. Enjoy lah while it last. Thanks KFC for the comeback. Still waiting for Krushers baby.

Friday, 14 July 2017

mini stationery giveaway by mirzasyazwina

klik banner untuk join :)
Bila tengok hadiah terus kucar-kacir nak join sebab cantik2. Syarat nak join pun simple je. 

Nom Nom Nom : Nasi Bukit

Semalam nampak post viral Nasi Bukit Padang Jawa. Disebabkan area Shah Alam jugak & by recommendation orang, so we go lah try mana tahu boleh jadi port best. Masuk je Seksyen 24 semalam, angin dah start kuat. Hujan pun dah start turun. Dalam hati masa tu risau je kena makan dalam hujan. Tapi proceed je lah sebab lagi 600 meter je nak sampai.


Sampai je sana, nak cari parking memang boleh menangis sebab jalan sempit satu hal, gelap satu hal. & nasib je kitorang ternampak signboard kedai Nasi Bukit ni sebab signboard kecik je. Nasib kitorang baik malam tadi, dapat la parking dekat jugak dengan kedai makan ni.

Signboard kecik, bila malam memang out terus.
Sampai je kedai, memang sedih tengok kedai penuh gila. Kerusi meja tak banyak. Dekat kaunter pun ramai yang beratur order. But I guess sebab tempat dah viral memang sesak sikit lah. Tak pe lah, tunggu lah kejap. Nak balik pun dah tak mampu sebab dah start hujan.

Tengok dekat tepi kedai ada satu meja panjang ada family duduk tapi boleh la kot kitorang 3 tumpang sekali meja tu. Plus diorang pun dah nak habis makan. Family tu bagi je kitorang share tapi lepas dah duduk baru tahu kenapa takde yang usha spot tu. Rupanya sebelah kolam ikan daaa... Sekali angin bertiup, sekali tu jugak la hidung bau busuk ikan daaaa.... Apa punya turrr

Nasib sebab hujan lebat je, kalau tak dah blah pergi KFC pekena Zinger Double Down. T.T

5 minit tunggu, 10 minit, 15 minit pun takde orang ambik order lagi. Sudahnya kitorang pergi dekat kaunter order. Itupun mana tahu menu apa sebab menu dia takde pun letak dekat kaunter ke meja ke. Yang ada banner lama tu pun takde harga. Macam dalam post viral tu ada. Tapi dia dah bagitau awal-awal kalau nak yang goreng memang zahabedah lama sebab ramai betul orang.


So takpe lah, kitorang order Nasi Ayam Penyet since yang tu memang dah siap. Order air pulak. Gelas memang besar tapi harga besar jugak lah. Huhu

5 minit tunggu, hujan makin lebat. Angin kuat tu tak payah cakap lah. Tabah je kitorang duduk sebelah kolam ikan tu. Dengan sejuknya. Air bertakung dekat lantai tu tak payah cakap lah. Meja pun kotor. Time cenggini la boleh lupa bawak tisu sendiri. Meja dah bertakung air satu hal, air menitik dari bumbung satu hal, air mengalir dekat bawah satu hal, air yang pelayan bawak gelojoh letak atas meja sampai tertumpah pun satu hal jugak. Memang tebal betul kesabaran semalam. 

Again, nasib hujan. Kalau tak, memang dah blah dari situ. 

10 minit tunggu pun tak sampai lagi NAP sedangkan benda dah siap tinggal nak hidang je. Tengok dekat kaunter pun takde. Tengah pandang kaunter, akak yang ambil terpandang kitorang, kitorang pun terpandang dia. Dia sengih 'Eh lupa nak buat' 

Ye kak, lupa kak. Lupa T.T

Nasib hujan kak, kalau tak kitorang dah blah dah.

Masa tengah tunggu & usha keletah geng bapok cun meletops tapi Sajat lagi cantik, tetiba diorang terkejut sebab ada pakcik ni jatuh. Kerusi dia patah rupanya. Kesian dia. Sakit tu terhentak. Dah lah lantai basah. Kalau balik nanti dia yang drive, memang perit lah. 

Lepas 15 minit tambahan tunggu, sampai la jugak NAP Nasi Bukit ni. Tapi takde benda pun yang best. Hambar je. Nasi je lah menggunung. Tapi sambal dia bagi sikit. Fyi, its not sambal, its masak sos. Nokharom manis. Loya tekak makan. Macam makan nasi putih, ayam, kobis mentah, timun, sos & bawang. Oh ya, tomato lembik. 

Masa makan tu terselit ikan keli entah dari mana. Rasa la sikit kot sedap. Ya tuhannnn pahit kemain. Hangus wei. Bertabahlah siapa yang order Lele Penyet. I can't even imagine their feeling eating it. 

Datang dari jauh jugak la untuk makan NAP macam tu. Sangat tak berbaloi. 

Dekat Kg Melayu Subang pun ada. Jauh lagi sedap dari NB ni. 

Brader depan kitorang makan nasi goreng daging rasanya. Nasi je lah membukit. Kawan dia selalu makan dekat kedai ni. Kitorang tanya dia apa yang special dekat kedai ni. Dia kata takde benda pun. Nasi goreng kicap biasa je cuma nasi dia banyak. Tu je. 

Bad luck betul kitorang malam tadi. 

Untuk orang yang suka makan NASI membukit macam bela saka 10 ekor, maybe ni tempat pilihan dia la sebab for me masakan dia tak sedap mana pun. Average je. Nasi dia je yang banyak, lauk sama je. 

Since dah viral ni, I bet service pun hambar sebab ramai kan yang datang. Pekerja pun sikit je. Tempat makan dia pun tak besar mana. Nak parking susah, cleanliness out. Maybe sebab semalam hujan lebat tapi sampah yang ikut air mengalir dekat lantai tu pun boleh tahan jugak. Hewhewhew


Nampak tak signboard Nasi Bukit yang kuning hujung sana? Macam tu la dari tepi jalan. Useless. Cawan atas meja kitorang tu entah dari zaman bila berkerak sampai kitorang balik. And keluasan kedai ni sama macam dalam gambar sebab belakang kitorang dapur & kaunter buat air. It's too crowded. My bet, this place wasn't ready to viral yet tapi entah malaun mana said it have to go far beyond it is should be.

Masa bayar dekat kaunter, cashier tu muka bahagia betul pegang duit. Paling sedihnya dia takde pun cakap terima kasih datang ke, sorry service tak bagus, sorry tunggu lama ke. Takde pun. Dia senyum je lah acah dia manusia handsome seantero Malaya. How pathetic.

I rate this viral place 0.5/10. I definitely takkan pergi sana dah. My first and last.  

Tuesday, 11 July 2017

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com

klik banner untuk join :)


Saya Nak Duit Raya By Opzzpinky


SYARAT PENYERTAAN :- 

1. Buat satu entri yang bertajuk "Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky" 
2. Copy banner yang cute diatas dan pastekan dalam entri korang. 
3. Linkkan ke entry ini. 
4. Done !! hantar link korang dekat komen di entry ini


25 PEMENANG AKAN MENDAPAT DUIT RAYA 

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!



Blogwalking dekat blog Jom Bercontest tadi ternampak contest Mek Zumbie. Terus join sebab syarat dia bagi mudah je & bila usha hadiah yang dia senaraikan, sis Iolls nak handbag hitam tu pleaseeeeee. Handbag tu nampak cantik sangat nak pulak kalau Iolls yang baru beli wedges warna hitam, matching sangat tau dengan handbag tu sis.

Kalau tak dapat handbag tu, nak headphone Sony tu. Nanti dengar lagu boleh headbanging sekali. Allahu walaupun over tapi itulah realiti.

Kalau tak dapat jugak yang tu, sis bagi la shawl tu haaaa. Relung dekat shawl hanger tu ada banyak lagi kosong. Warna yang sis ada tu pun saya belum ada lagi. ;)

Okay, so for those yang nak join, klik je gambar macam biasa & contest ni tamat 27 Julai ni. Sempat lagi kalau korang nak bodek sis ni bagi hadiah-hadiah dia. Hihi. Kbai.

Cabaran 25 Hari Blogging #5 : Apa Dalam Bag Saya



My bag unlike most people pergi bekerja guna handbag je sebab PC ada dekat office. Mine, kena angkut lappy sendiri pergi office. Company ada provide lappy tapi rimas lah sebab banyak yang takde plus, dalam tu guna Windows 8 so guna sendiri punya je senang. So bagpack is my choice. Tapi barang yang sama jugak ada dalam handbag pun. Perempuan punya barang.


Barang wajib ada dalam bag :

1) Compact Powder. Supposedly ada dua tapi entah yang basic tu dekat mana. Yang dalam gambar tu baru je beli since L'oreal ada buat promotion 50% off. So grab la satu - True Match Genius 4 in 1. Pakai yang ni je senang sebab dalam tu ada primer, foundation, concealer dengan powder. 

2) Lipstick/Lipbalm - Ada 8 batang semuanya. Sekarang Guardian tengah buat sale rasa macam nak cukupkan 10 batang je. And mostly mine are from In2it. Tak melekit & tak kering. Warna pun cantik. 

3) V-Face Duo Stick. Dulu suka pakai ni tapi sejak dah malas nak main makeup ni, dah jarang guna. Stick ni best sebab ada dua benda, concealer & contour.

4) Mascara. Benda ni wajib ada. & yang ni pun dari In2it jugak. Best pakai sebab bulu mata jadi panjang tapi nak buang ya allah seksanyaaaa. Nak try cari yang lain. Hint = Guardian sale 50% off.

5) Magic BB Cream from Silkygirl. I love this one. Light je dekat muka. 

6) Foundation dari Maybelline. Ni bila rajin & period je pakai. 

7) Eyeshadow 4 colours. Tapi kadang eyeshadow ni iolls ambik yang warna pink tu buat jadi blusher. Malas nak beli palette blusher hewhewhew

8) Highlighter. Yang ni pun bila rajin & period.

9) 2-color Eyebrow kit. Dulu suka pakai warna hitam tapi kadang-kadang jadi Shin Chan so kawan ajar guna warna dark brown. The result is okay sikit lah. Hewhewhew

10) Lip & Eyebrow Lifter. Yang ni baru je beli haritu. Best pakai dekat kening. Dekat bibir tak nampak sangat. Brand Catrice.

11) Segala jenis berus yang terlibat.

12) Blender & sabun dia.

13) Pad/Pantyliner. WAJIB ADA for every girls & Sajat. I prefer Libresse/Laurier.

14) Pengetip kuku. Disebabkan kuku agak keras, guna pengetip kuku yang kecik boleh terpelanting, so guna yang gedabak punya. Tapi yang kecik tu saja letak sebab senang nak potong benang tudung yang terkeluar.

15) Makeup Remover & face cotton. I love this one from Garnier. Nanti nak beli yang warna pink sebab haritu beli warna biru ni saja je nak try. Tak sangka pulak jatuh cinta. Murah pun murah. Love it!

16) Pelentik bulu mata. Ni ofcourse lah kena ada kalau nak pakai mascara.

17) Spec. Sejak rabun meningkat ni, memang susah nak berpisah. Kalau boleh all the time nak pakai. Nak try lens tapi ngeri lah pulak.

18) Pen. I prefer pen hitam senang nak sign any form.

19) Purse. Of course lah kan. Tapi pernah je tak bawak. Dasar orang tua nyanyuk T.T

20) Phone.

21) Face tissue. Ni wajib ada jugak sebab kitorang best-buddy.

22) Kunci rumah/kereta. Both keys letak sekali je senang. Kalau ditimpa musibah, hambek dua2 sekali kena. Tapi mintak simpang lah. Allahuuuuu

23) Brooch/Pin. Apa la erti hidup kalau takde benda ni.

24) Minyak angin. Selalunya guna minyak angin Yuyee Cap Limau tu sebab bau baby & panas. Tapi sekarang ni replace dengan Losyen Sejuk Secret Correa. Sapu banyak pun tak rasa panas dekat kulit. Rasa panas tu dekat dalam so rasa lega sangat. Nak2 pulak kalau tengah senggugut & busy dengan kerja. Dah tak risau dah sejak ada SC ni. Supposedly beli untuk nak buang lemak tapi malas beno nak sapu. Guna untuk buang angin dekat perut sebelum gastrik menyerang & period je. Kalau nak try, contact lah Aten ten ten sebab dia tabah orangnya. *cun tak promote ;)*


Okay dah settle hutang hari ke5. Korang pun boleh sembang apa yang ada dalam bag tu. Ada orang handbag kecik cenonet je. I wonder what's inside there. Tapi selalunya bag orang perempuan dia jadi cenggini haaa.....

Image result for anatomi handbag wanita