Wednesday, 7 June 2017

Resipi : Smoothies Mangga Epal

Sejak badan makin lama makin mengembang ni, sedih betul rasa bila baju dah tak muat. Makan jangan cakap lah. Dalam sehari tu amboi sangat makan macam bela saka.

Disebabkan dah nak raya ni, berbekalkan semangat dan azam nak turun berat supaya muat pakai baju raya nanti. Kawan pun dah start jadi vegan untuk bulan puasa ni.

Masa sahur minum susu kurma. Bila berbuka minum smoothies ni. Nak buat pun senang je. Minum satu gelas pun kenyang sampai tidur. Nak terawih pun tak ada masalah. Beza tau bila minum smoothies dengan makan nasi. Bila makan nasi, terawih baru rakaat pertama dah mengantuk kemain. Kalau minum smoothies, sampai 20 rakaat pun mampu.

Bergantung kepada imam jugak. Hewhewhew

Okay, cara nak buat smoothies ni toksah serabut kepala sangat. Ada buah, ada air, ada blender so you're ready to go.

I love Mangga Epal sebab manis manis masam.

Bahan :

- 1 biji mangga
- 1 ataupun 2 biji epal
- air setengah cawan


Dah settle bab bahan, kupas kulit semua tapi kalau tak nak pun takpe. Nanti kalau tersedak tepuk sendiri la sampai okay. Hewhewhew

Potong kecik-kecik pastu blend. Setengah orang guna susu nak bagi pekat and kenyang. Tapi boleh jadi muak jugak. Masa buat ni susu habis so we go for mineral water instead. 


Okay, dah siap dah pun our smoothies. 



Sometimes letak ais bagi sejuk baru nyum nyum. Kadang lepas blend terus minum je sebab lapar zahabedah sangat uolls. Buat cenggini cepat lah sikit turun berat. Seminggu dah boleh parking 5kg. Tapi kalau consistent lah. Kalau hari ni smoothies esok nasi memang bye bye lah baju raya. T.T


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...