Sunday, 25 June 2017

Baby Crab Crispy

Baby crab ni dulu sebelum jatuh cinta masa tengah viral mencanak, memang tak layan kononnya tak sedap sebab nanti tak rasa sangat isi ketam tu tapi dalam hati tu tergedik jugak nak beli nak rasa macam mana sebab ramai sangat yang tergila bayang.

Masa balik kampung, pergi cari barang dekat Sungai Besar ternampak la gerai Baby Crab Crispy Sungai Besar. Try la beli 12 ekor punya sebab nak merasa je. Bila rasa je, ya tuhannn berebut dengan adik sebab sedap sangat. Menyesal tau tak beli dari dulu. Menyesal jugak masa tu beli sikit je sebab lepas beli terus balik. Bila dah sedap tu, kau nak patah balik memang idok le.

Teruskan je perjalanan dengan harapan nanti balik beli lah lagi.

Tapi sayangnya, lepas dari hari tu, bila pergi je nak beli mesti gerai dia tutup. Banyak kali tau balik dengan penuh kehampaan.

So, bila hampa dah menggunung, try la search dekat Instagram ada tak jual online. Bila cari, ada satu je yang jual. So try la order mana tahu boleh jadi customer tetap kan.

Lama jugak tunggu sampai seminggu lebih sebab order jauh dari Kelantan.

Sudahnya sampai lah parcel BCC ni. And tadaaaaa


Dengan penuh rasa bahagia & tak sabarnya lepas dah berzaman tunggu, first bite agak hampa. Gigit lagi, memang hampa. Gigit lagi terus campak tepi balang BCC ni. 

Hancur hati kemain bila rasa tak sama dengan BCC Sungai Besar tu. Yang ni sebab dari Kelantan, so rasa udang kering tu campur belacan. Banyak pulak tu dia gaul dengan ketam. Bila banyak, dah tak jadi dah crispy, dia jadi menyakitkan hati. 

Lepasni memang dah taknak order dah. Harap ada la jodoh rezeki berjumpa dengan BCC Sungai Besar. Penat tanggung rindu. :'(

No comments: