Movie Review | Guest Iin London (2017)

Tuesday 12 December 2017


Director : Ashwni Dhir
Writers: Ashwni Dhir, Robin Bhatt
Cast : Kartik Aaryan, Paresh Rawal, Tanvi Azmi, Kriti Kharbanda, Lucinda Nicholas
Production Company: Panorama Studios
Distributor: Panorama Studios
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 132 minutes
Release Date: 7 July 2017
Trailer :


Guest Iin London mengisahkan tentang Aryan Shergill (Kartik Aaryan) yang mempunyai masalah dengan visa yang akan tamat tempoh. Dia pujuk Anaya Patel (Kriti Kharbanda) supaya berkahwin secara kontrak dan tinggal bersama di London. Aryan sedia bayar 7,000 punds kepada Anaya sebagai upah untuk perjanjian tersebut. 

Anaya yang keberatan pada awalnya termakan pujuk sebab bukan senang nak dapat duit yang banyak untuk perkara yang mudah tapi plan mereka mula terganggu bila terima tetamu tanpa diundang. Gangasharan Gandotra/Chachaji (Paresh Rawal) dan isterinya, Guddi/Sazia Khan Gandotra (Tanvi Azmi) adalah saudara Aryan dan datang ke UK untuk makan angin. Sepanjang mereka di sana ada beberapa perkara yang ditegur dan diubah lantas buatkan Aryan dan Anaya mengaku masing-masing suka sama suka dan berkahwin mengikut istiadat dan budaya India. 
  
Kecewa teruk tengok Kartik berlakon dalam movie comedy macam ni sebab track record movie dia semua best tapi this one I'll rate it as the worst. Try-hard comedy and repetitive. Lakonan cast dia semua okay tapi kalau dialogue and storyline hancur, memang tak ke mana lah, still hancur jugak. 

At first movie ni nampak menarik, lawak dia pun okay walaupun cliche tapi menyampah tengok sebab dia nak portray scene tu sebagai sesuatu yang lawak but end up jadi annoying. Nak gelak pun rasa malas dah. Bertahan sebab ada Kartik je since he's my fav dari debut movie dia lagi, Akaash Vaani.

Paling menyampah tengok lawak Sanjay Mishra jadi orang Pakistan, from a funny one it turns out to be racist. Paresh Rawal pun banyak buat lawak dengan kentut dia je. Yes, please avoid watching this during your lunch. 

But the good thing is dalam movie ni ada plot twist kira berbaloi jugak lah hadap watak yang annoying ni sebab plot twist tu turns out to be great scene in this movie. Punyalah bagus sampai menangis tengok. Kan bagus kalau story dia bagus dari awal sampai habis sebab casting dah bagus dah tapi tu lah tak semua yang kita nak kita dapat. Nama pun kehidupan k nah rating

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

4 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.