Kencing Hantu Raya

Thursday 17 August 2017

Dah pernah up cerita ni dulu tapi up balik. Siapa bosan, tekan pangkah. 

Dalam entri ni tak ada gambar hantu so jangan risau sebab yang tulis ni pun ngeri nak upload. 

Back in 2013, kerja dekat Parkson Subang Jaya sebagai cashier. Being a staff there, so the company provide a house for all of us. Dalam rumah ada dalam 10 orang lebih kurang lah, ada 4 bilik, 2 bilik 2 orang, 2 bilik 3 orang. 

Even rumah ni macam hostel, tapi tak pulak buat perangai hostel, malam-malam sembang pasal hantu. Takde pun yang kena kacau so Idk this hantu raya datang dari mana. Entah siapa bawak masuk rumah. Mungkin dari tempat kerja sebab situ pun ada jugak hantu. Tapi tak kacau teruk sangat pun setakat berdiri satu tempat or lintas tu biasa lah. 

Ada jugak akak housemate bising-bising ada lembaga hitam tapi as a cashier kerja 10 jam keluar rumah gelap, balik rumah gelap, kau rasa kitorang ada masa untuk ambik port pasal lembaga hitam? Tak ada. 


Masa tu ingatkan dia nak prank je sebab dia pernah buat gila pasang audio pontianak mengilai. Tak ketaq lutut pulak tengah mandi menggeletar tangan nak bukak pintu. Tak terkencing pulak kau kalau pontianak depan mata? Dengar suara pun dah seram. 

Nak dijadikan cerita, subuh tu nak keluar awal sebab nak pergi temankan Ain hantar kakak dia dekat KLIA sana. Awal pagi dah bangun mandi bersiap semua. Tengah pakai pin tudung tiba-tiba ternampak ada benda hitam atas katil double decker tingkat atas. At first ingatkan teddy bear besar atas tu tapi ternampak rambut terbang kena kipas. Pastu nampak teddy bear tersandar dekat dinding. Teddy tu dah besar dah, dia lagi besar. 

Jangan tanya muka macam mana sebab dia pandang budak katil depan dia. Entah apa dia khusyuk sangat tenung entah. Nasib dia tak pandang Iolls masa tu. Mata tak berkelip tengok dia, satu badan lock tak boleh nak gerak. Tangan tengah pakai pin tudung pun stuck. Entahlah berapa lama pandang dia. 5 minit? 10 minit? Entah. Yang pastinya, tersentak sendiri lepas pintu bilik tu slow2 tertutup. Macam dalam movie tu, macam tu la gayanya. 

Lepastu sambung pakai tudung bersiap cepat sebab Ain dah nak sampai. Masuk je kereta terus bagitahu Ain rasa macam ada nampak hantu tadi tapi dia malas nak layan. So buat bodoh je lah. Rasa takut tak ada tapi rasa bingung. 

Us heading to KLIA
All went well that day. Balik rumah pun teruskan kehidupan macam biasa. Tapi entah bila mula gatal dekat pelipat tangan. At first ingatkan hama, ruam ataupun effect kulit sensitif so ignore je lah. Letak ubat macam biasa.  Tapi dia punya gatal miang is unbearable. 

Siang dia naik ruam, malam dia miang. Hampir sebulan jugak lah tahan sebab kerja cashier kau ingat senang nak dapat cuti? Ada hari boleh tahan, tahan lah. Masuk hari yang period tu memang menangis lah garu sampai berdarah. Taknak fikir sangat gatal ni, busykan diri buat kerja tapi kalau kau dapat kaunter yang lengang, memang sendu lah. Tidur pun tak lena sangat sebab miang dia ya tuhannnnn.

Dapat cuti terus ajak mak pergi jumpa makcik yang boleh ubatkan. Katanya ruam ni hidup. Sebagai manusia biasa, hidup ke mati ke nak benda tu hilang je. Tak mampu dah nak tanggung. So dia bagi air penawar lepastu suruh cari daun pisang muda bergulung. Potong & masukkan dalam air mandi, baca selawat dengan ayat tahaiha. 

Image result for daun pisang muda bergulung
gambar google, credit to owner
Balik rumah terus mandi wei, tak cakap banyak dah. Lepas mandi terus tidur sebab dah lewat malam dah. Esok pagi bangun tengok ruam tu dah takde. Sujud syukur terus. K tipu. 

Alhamdulillah dah lega. Makcik tu kata kena kencing dengan hantu raya sebab nampak dia. Dia yang tayang diri dia, kita pulak kena kencing haihhhh. Life is so unfair tau. 

Adik pun ada kena jugak benda ni sebab kawasan kampung ni memang bersepah lah hantu raya nak pulak dia selalu balik kerja malam. So redho je lah hewhewhew. 

Even benda ni dah lama tapi bila terkenangkan balik masa tu haruslah scary. Bukan selalu nampak hantu raya tapi taknak lah nampak lagi nanti kena kencing lagi. Mintak simpang. Kalau kena kencing tu pergi lah berubat cepat. Gatal dia bukan gatal kena hama tu, gatal miang macam miang buluh & start gatal start senja sampai subuh esoknya. Siang dia chill je. Kalau kena macamni, pergi lah berubat. No need to buy expensive cream or jumpa doctor because adik already spent hundred ringgit tapi tak hilang jugak. 

Kalau ada bilik yang jarang guna tu rajin-rajin lah bukak lampu bila malam sebab hantu raya suka menumpang. Mungkin tu salah satu sebab dia suka duduk rumah kitorang kot. Rumah bukannya ada orang sangat. Kalau cuti pun, keluar lepak. Katil pun banyak jugak yang kosong. Dulu pun pernah kena jugak pocong tidur katil atas tapi nanti lah cerita kang meleret pulak sini. Hahahaha kbai.

11 comments

  1. seram nih dapat tngok hantu raya kalau akak tak tahulah lari tak cukup tanah agaknya..kat rumah ni pun tiap2 malam pasang mengaji

    kecik2 dulu akak selalu kena ludah hantu kata orang tua2 la, habis muka dan satu badan gatal2, alhamdulillah dah besar ni takde dah.

    terima kasih jenguk blog akak, akak follow sini

    ReplyDelete
  2. Ok..Scary baca...How u can just stand & watch that ghost..Mujur "dia" x tegur..huhu

    ReplyDelete
  3. uishkkk seram ni.. ai mintak-mintak ai takkan nampak lah benda-benda gini.. pengsan kot nya..

    ReplyDelete
  4. Uitttt seramnya...tengok depan mata hamtu raya

    ReplyDelete
  5. haaalamak cenggini seram haaaih =O

    ReplyDelete
  6. Alamhadulillah ira takde kuasa sixthsense tu huhuhu tak payah ada la senang meraung lari tak cukup tanah kalau boleh nampak depan mata

    ReplyDelete
  7. Adoyai! Baca pun dah seram. Tak naklah offer diri nampak hantu raya. Nampak tu dah satu hal keseramannya, kena kencing lagi satu hal pulak kemiangannya ^_^

    Nasib baiklah cepat berubat ya!

    Akak ni suka baca kisah hantu tapi tak pernah mengalaminyalah. Minta dijauhkan. Kalau tidak, memang minta siap-siap pengsan dulu!

    ReplyDelete
  8. Haaaa seramnya baca..
    Yg benda hitam tu la hantu rayanya ye.. Budak yg dia tenung tu x nampak ke?
    Kalau ira xtau la mcm mana.. Mau kaku jgk mcm awak..

    Terima kasih singgah blog ira.. :)

    ReplyDelete
  9. seram..ingatkan hantu raya tu tak perasan sis nampak dia

    ReplyDelete
  10. Uish.. Pengalaman real.. Info tambahan lagi.. Memang perkongsian yang menarik.. Tq for sharing..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.